Judul : Kontroversi kelab malam : Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram, tarik diri dari majlis PM
link : Kontroversi kelab malam : Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram, tarik diri dari majlis PM
Kontroversi kelab malam : Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram, tarik diri dari majlis PM
Gara-gara kontroversi beliau melancarkan tudung di kelab malam yang sedang hangat diperkatakan, Neelofa membuat keputusan untuk menarik diri dari menghadiri majlis Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung semalam. Neelofa memberitahu beliau tidak mahu majlis tersebut terganggu dengan isu yang melibatkan dirinya sekarang.
Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini.
Meskipun koleksi turban #BeLofa “sold out”, Neelofa bagaimanapun telah hilang 100,000 jumlah pengikutnya di Instagram. Neelofa sebelum ini mempunyai 5.5 juta orang pengikut tetapi sekarang cuma 5.4 juta sahaja.
Terdahulu, Naelofar Hijab telah membuat kenyataan permohonan maaf atas kontroversi terbabit yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Mereka akan memastikan kekhilafan itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Namun, netizen masih tidak berpuas hati dan terus mengecam Neelofa atas tindakannya itu.
Sumber: BN
Sumber Kontroversi kelab malam : Neelofa hilang 100,000 pengikut di Instagram, tarik diri dari majlis PM