Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM

Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM
link : Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM

Baca juga


Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak berkata, konsep 'sekolah dua dalam satu' diperkenalkan Kementerian Pendidikan, iaitu mendirikan dua sekolah secara bersama di lokasi sama, adalah idea yang sangat baik dan wajar diperluaskan secara berperingkat.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan itu adalah usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan kemajuan dalam bidang pendidikan, khususnya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

"Kerajaan BN komited membangunkan sekolah daif kepada sekolah yang lebih moden bukan sahaja dari segi bangunan, malah kita boleh memasukkan unsur untuk menjalankan kelas pembelajaran abad ke-21.

"Ini juga adalah komitmen kerajaan kepada rakyat Sabah dan kita akan terus meningkatkan lagi usaha supaya bidang pendidikan di negeri ini semakin maju dan lebih ramai rakyat Sabah dapat peluang mencapai ke tahap maksimum dari segi potensi individu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena tinjauan mesra ke bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman serta Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama guru dan penjaga pelajar semasa tinjauan mesra ke bangunan baharu SK dan SMK Pekan Telipok. - Foto Khairull Azry Bidin

Perdana Menteri berkata, bangunan baharu SK Pekan Telipok dan SMK Pekan Telipok yang dibina dengan kos masing-masing RM18 juta dan RM31 juta adalah contoh sekolah dua dalam satu yang berkongsi kemudahan tertentu, antaranya padang.

Model perkongsian kedua-dua sekolah yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Pekan Telipok, di pinggir bandar raya ini, adalah yang pertama dilaksanakan di Sabah.

SK Pekan Telipok dibuka sejak tahun 1963, manakala SMK Pekan Telipok beroperasi pada tahun 1989 menerusi 'Projek Kilat' dengan menumpang di bangunan sekolah rendah.

Bangunan baharu menempatkan kira-kira 1,500 murid dan pelajar membabitkan lebih 60 bilik darjah itu mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Februari lalu.



Sumber Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM


Demikianlah Artikel Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM

Sekianlah artikel Konsep 'sekolah dua dalam satu' idea baik - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.