Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik

Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik
link : Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik

Baca juga


Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik

Penerima BR1M (dari kanan) Ong Kim Hoo, 72, Vanitha Thirumuthi, 27, Mohmed Daud, 71, dan Koh Amoi, 63, menunjukkan baucar BR1M yang diterima mereka, 2 Mac 2018 — Foto BernamaPenerima BR1M (dari kanan) Ong Kim Hoo, 72, Vanitha Thirumuthi, 27, Mohmed Daud, 71, dan Koh Amoi, 63, menunjukkan baucar BR1M yang diterima mereka, 2 Mac 2018 — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 7 Mac — Kerajaan sedia meneliti untuk meningkatkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan miskin bandar, kata timbalan menteri kewangan 1 Datuk Othman Aziz.

Katanya kerajaan sedar kos sara hidup di bandar adalah jauh lebih tinggi daripada di luar bandar.

“Maka insya-Allah kerajaan akan melihat semula mungkin bantuan masyarakat miskin bandar boleh ditingkatkan sikit, jadi ini adalah pelan jangka panjang,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang ingin tahu sekiranya jumlah bayaran BR1M antaranya sebanyak RM900 yang diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 perlu ditingkatkan bagi mereka yang menetap di bandar.

Dalam pada itu, Othman berkata sebanyak RM25.62 bilion telah diperuntukkan bagi BR1M dari tahun 2012 hingga 2017.

“Pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion bantuan BR1M yang akan memanfaatkan lebih 7.2 juta penerima menjadikan jumlah keseluruhan dari 2012 adalah sebanyak RM32.42 bilion,” katanya.

Othman berkata demikian bagi menjawab soalan asal Abdul Latiff mengenai jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan dan jumlah penerima bantuan tersebut.

Jelasnya, mengikut pecahan, jumlah bantuan BR1M pada 2012 adalah sebanyak RM2.09 bilion kepada 4.18 juta penerima; RM2.9 bilion kepada 6.8 juta penerima (2013); RM3.64 bilion kepada 6.96 juta penerima  (2014); RM5.35 bilion kepada 7.44 juta penerima (2015); RM5.36 bilion kepada 7.28 juta penerima (2016); dan RM6.31 bilion kepada 7.22 juta penerima (2017).

Othman berkata bantuan bersifat jangka masa pendek itu boleh meningkatkan pendapatan boleh guna penerima seterusnya memacu ekonomi dan menjana pertumbuhan perniagaan domestik.

Beliau berkata Kementerian Kewangan juga akan sentiasa meneliti dan membuat penambahbaikan bagi mengatasi sebarang kelemahan program itu. — Bernama



Sumber Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik


Demikianlah Artikel Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik

Sekianlah artikel Jumlah BR1M untuk miskin bandar mungkin naik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: