Judul : “Happy 5th Anniversary’” – Throwback foto bersanding, ini luahan Intan sempena anniversary kelima
link : “Happy 5th Anniversary’” – Throwback foto bersanding, ini luahan Intan sempena anniversary kelima
“Happy 5th Anniversary’” – Throwback foto bersanding, ini luahan Intan sempena anniversary kelima
Umum sedia maklum, pelakon Izreen Azminda Ogos lalu telah bergelar isteri kedua kepada pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude. Dalam satu kenyataan, isteri pertama, Intan Liana ada memberitahu beliau redha dan sedia menerima Izreen sebagai madunya. Semalam isu ini kembali menjadi hangat selepas mereka berdua ke mahkamah untuk urusan lafaz cerai selepas permohonan cerai dibuat Ude terhadap Intan pada 30 November lalu.
Di instagram story, Intan ada memuat naik status sedih dan rupa-rupanya hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. Sedih.
1/3/13 – 1/3/18
Jika dilihat pada instagram story, Intan ada memuatnaik gambar beserta status sedih dimana perkahwinannya mungkin hanya bertahan selama 5 tahun. Dia menulis ‘Goodnight mrw… 1/3/13 – 1/3/18’. Pada halaman seterusnya Intan memuatnaik foto ketika bersanding dengan luahan yang sangat hiba.
Happy 5th anniversary
Aku pernah sayang orang sepenuh hati… Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia… Sedih tu datang dari hati bukan dari muka… luar nampak happy tapi dalam hanya Tuhan saja yang tahu.. Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta… Semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita… #happy5thanniversary
Selamat malam
Empat hari yang lepas, Intan sudah mula memuat naik quote sedih seakan menggambarkan perasaan dirinya sekarang. Quote ini dimuat naik beberapa hari sebelum perbicaraan penceraiannya di mahkamah semalam. Ruangan komen pada quote tersebut juga ditutup. Di ruangan komen gambar lain, netizen memberikan kata-kata semangat kepada Intan.
Kata-kata semangat daripada netizen
Sumber : Instagram __iiiintvnroxs
Via: Oh Bulan
Sumber “Happy 5th Anniversary’” – Throwback foto bersanding, ini luahan Intan sempena anniversary kelima