Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan

Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan
link : Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan

Baca juga


Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan

Tanah yang dulunya milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dipindah milik dan dibangunkan projek KLVC. ― Foto oleh Yusof Mat IsaTanah yang dulunya milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dipindah milik dan dibangunkan projek KLVC. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKLUANG, 4 Mac — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dijangka mendapat kembali hak milik tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak minggu depan.

Mengesahkan perkara tersebut, pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata urusan penukaran semula nama pemilik tanah itu dijangka selesai dalam tempoh seminggu.

“Minggu depan, insya-Allah selesai. Menjelang minggu hadapan semua (dijangka) selesai.

“Saya akan tunjuk bukti geran pendaftar di Kuala Lumpur, tidak bolehlah dekat Johor,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Orang Felda Sembrong Kita di padang Felda Ulu Belitong dekat sini hari ini.

Shahrir berkata pihaknya mengambil tempoh dua bulan untuk menyelesaikan pemilikan tanah itu selepas menandatangani perjanjian dengan pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Ditanya sama ada laporan polis akan ditarik balik berikutan pemindahan hak milik tanah itu hampir selesai, beliau berkata penyiasatan akan diteruskan memandangkan pihak polis dan siasatan dalaman Felda percaya terdapat unsur meragukan dalam proses pindah milik tanah itu sebelum ini.

Bulan lepas, Felda dilaporkan akan memperoleh tanahnya tanpa kos di Jalan Semarak daripada SPSB.

Isu hak milik tanah Felda itu terbongkar pada Disember lepas apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan Felda berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta itu bagi tujuan pembangunan KLVC menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Shahrir berkata 461 peneroka daripada enam tanah rancangan Felda di parlimen Sembrong menerima hak milik geran tanah mereka.

Sehingga kini, 1,677 daripada 2,285 peneroka Felda di Sembrong sudah menerima geran tanah masing-masing.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah anggota parlimen Sembrong yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.— Bernama



Sumber Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan


Demikianlah Artikel Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan

Sekianlah artikel Felda dapat semula tanah Jalan Semarak minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: