Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis

Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis
link : Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis

Baca juga


Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis

SEREMBAN: Dua penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di tepi jalan Persiaran Ainsdale Selatan di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 3.15 pagi, apabila sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman melakukan rondaan di Jalan Labu, Seremban sebelum mengesan sebuah kereta Honda City dalam keadaan mencurigakan.

Sumber berkata, polis cuba memintas dan mengarahkan pemandu kereta terbabit berhenti, namun kenderaan itu dipecut laju.

"Susulan tindakan itu, polis mengejar kereta terbabit sejauh kira-kira dua kilometer, hingga ke Persiaran Ainsdale Selatan.

"Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki keluar dari kereta terbabit dan melepaskan tembakan ke arah polis, manakala seorang lagi lelaki cuba menyerang menggunakan parang," katanya.

ANGGOTA Forensik membuat pemeriksaan ke atas kenderaan dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman di tepi jalan di Persiaran Ainsdale Selatan dalam kejadian pada 3.15 pagi tadi. - Foto Adzlan Sidek

Sumber berkata, serangan dua lelaki terbabit menyebabkan anggota polis terpaksa mempertahankan diri dengan melepaskan tembakan ke arah kedua-duanya.

"Kedua-dua lelaki itu mati terkena tembakan polis. Pemeriksaan terhadap mayat mereka di lokasi, tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.

Katanya, pemeriksaan terhadap kereta yang digunakan mendapati ia dipasang nombor pendaftaran palsu, manakala kenderaan itu dikesan turut digunakan bagi kegiatan jenayah di Klang, Selangor.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan beliau dijangka mengadakan sidang media petang ini.



Sumber Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis


Demikianlah Artikel Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis

Sekianlah artikel Dua penjenayah maut berbalas tembak dengan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: