Dr M rela jadi umpan orang Melayu

Dr M rela jadi umpan orang Melayu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dr M rela jadi umpan orang Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M rela jadi umpan orang Melayu
link : Dr M rela jadi umpan orang Melayu

Baca juga


Dr M rela jadi umpan orang Melayu

Tanpa dirinya orang Melayu dilihat seakan sukar mempercayai PH, kata calon perdana menteri itu.

VIDEO INSIDE

dr-m

Dr Mahathir berucap kepada kira-kira 200 penduduk Kg Baru dan berjanji memulihara Kampung Baru sebagai kawasan tradisi.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menjadi sandaran demi sokongan orang Melayu kepada gabungan politik itu.

Calon perdana menteri itu berkata tanpa dirinya orang Melayu dilihat seakan sukar mempercayai PH.

“Saya sudah dekat 93 tahun…berapa lama saya hendak tahan jadi perdana menteri? Tetapi kalau saya boleh dijadikan umpan orang Melayu untuk sokong PH, saya rela,” katanya di satu majlis kenduri dan doa selamat di Kampung Baru hari ini.

“Saya ingat masih berpengaruh sebab itu saya rela kalau orang Melayu hendak cari saya untuk bersandar pada saya. Saya terpaksa walaupun umur sudah lebih.”

Beliau berkata pengalaman mentadbir negara selama 22 tahun akan digunakan untuk mengurangkan “hutang ditanggung kerajaan” ketika ini, dan memulihkan Kampung Baru sebagai tanah tradisi bangsa Melayu di ibu kota.

“Saya yakin orang Kampung Baru hendakkan pembangunan tetapi sesuai dengan budaya orang Melayu. Faktor ini mesti diambil kira. Saya tidak mahu lihat Kampung Baru jadi seperti Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum,” katanya, merujuk kepada projek Bangsar South dan KL Eco City.

Bangsar South menampilkan menara-menara pejabat moden, kondominium harga pertengahan dan mewah dan kawasan komersial, sementara KL Eco City merangkumi 3 menara kediaman, 1 menara pangsapuri berservis, 3 menara pejabat korporat, 12 blok pejabat butik dan 1 podium runcit.

Kampung Baru merupakan satu enklaf Melayu di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur dan menduduki kawasan yang dikatakan bernilai berbilion ringgit.

Dr Mahathir berkata beliau menyedari Barisan Nasional (BN) mempunyai perancangan terhadap Kampung Baru.

“Saya sedar kerajaan hari ini ada rancangan hendak bangunkan Kampung Baru. Mereka tunjukkan kepada saya. Memang banyak rancangan tetapi tidak jadi apa-apa.

“Sebab itu kalau Kampung Baru hendak dibangunkan, ia mesti dibangunkan dengan penduduk, wakil-wakil mereka supaya sesuai dengan kehendak penduduk,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Dr M rela jadi umpan orang Melayu


Demikianlah Artikel Dr M rela jadi umpan orang Melayu

Sekianlah artikel Dr M rela jadi umpan orang Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: