Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan

Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan
link : Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan

Baca juga


Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan

Seramai 76 kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang mengalami keracunan makanan pada 28 Februar lalu. — Paparan skrin GoogleSeramai 76 kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang mengalami keracunan makanan pada 28 Februar lalu. — Paparan skrin GoogleBALIK PULAU, 3 Mac — Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan termasuk menyenarai hitam syarikat katerer swasta yang menyediakan makanan sehingga menyebabkan 76 kakitangan Jabatan Anestesiologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Selangor mengalami keracunan makanan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata berdasarkan siasatan awal, syarikat swasta dari luar hospital itu menyajikan makanan dipercayai tidak bersih serta tercemar.

“Kami masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui makanan apa yang disajikan pada hari itu yang sebenarnya menyebabkan 76 kakitangan berkenaan keracunan makanan. Cuma, setakat ini saya boleh sahkan ia (makanan) tidak bersih serta tercemar.

“Kementerian Kesihatan memandang serius perkara itu dan kami akan mengambil tindakan segera ke atas katerer berkenaan kerana mengabaikan aspek kebersihan sehingga menyebabkan kakitangan HTAR mengalami keracunan makanan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Projek Perumahan Sejahtera Rakyat (PPSR) Kuala Sungai Pinang di sini, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan seramai 76 kakitangan Jabatan Anestesiologi HTAR mengalami keracunan makanan pada 28 Feb, dipercayai makan makanan tercemar.

Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming dilaporkan berkata keracunan itu dipercayai berpunca daripada makanan yang disediakan oleh katerer swasta dari luar hospital dan siasatan awal mendapati ia mungkin berlaku selepas kakitangan memakan makanan yang disajikan selepas mesyuarat jabatan berkenaan pada Rabu lepas.

Dr Hilmi, yang juga anggota parlimen Balik Pulau, berkata sampel makanan yang disajikan katerer berkenaan turut dihantar ke makmal untuk dianalisis dan semua kakitangan yang mengalami keracunan makanan itu juga semakin pulih serta tiada kes baharu dilaporkan.

Berikutan kejadian itu, beliau meminta semua hospital yang mahu mendapatkan katerer swasta dari luar hospital agar memilih syarikat yang tidak mempunyai rekod menyajikan makanan sehingga menyebabkan keracunan kepada kakitangan.

“Saya bimbang jika kes keracunan makanan itu serius ia boleh menyebabkan perkhidmatan rawatan termasuk pembedahan membabitkan kakitangan yang terlibat (keracunan) akan terjejas ini akan memberi kesan kepada pesakit,” katanya.

Beliau juga berharap syarikat katerer lebih bertanggungjawab terutama dalam menjaga aspek kebersihan agar makanan yang mereka sajikan tidak tercemar sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan kepada orang ramai. — Bernama



Sumber Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan


Demikianlah Artikel Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan

Sekianlah artikel Dr Hilmi: Tindakan pada katerer punca 76 keracunan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: