Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan

Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan
link : Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan

Baca juga


Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan

MIRI: Satu zon bebas cukai perlu diwujudkan di Sarawak untuk meningkatkan lagi produk pelancongan di negeri ini berikutan pengumuman tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Hotel-hotel Malaysia (Cawangan Sarawak) John Teo Peng Yew berkata bandar Miri boleh dianggap sebagai lokasi strategik untuk zon bebas cukai itu kerana kedudukannya berhampiran Brunei dan Sabah.

"Sarawak perlu berusaha untuk mewujudkan zon bebas cukai yang mana Senadin di bandar Miri dijadikan lokasinya kerana kawasan itu dekat dengan sempadan Brunei," katanya kepada Bernama hari ini.

Teo berkata terdapat banyak produk yang boleh diisytiharkan bebas cukai seperti pakaian, peralatan memasak, kereta dan barangan makanan.

"Langkawi mungkin boleh dijadikan model yang baik untuk pengurusan zon bebas cukai," katanya.

Untuk rekod, jarak Senadin dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh adalah 20 minit pemanduan dengan lebih daripada tiga juta pelancong melalui pusat pemeriksaan itu setiap tahun.

Ia mencatatkan peningkatan pelancong yang ketara berikutan waktu operasi yang dilanjutkan sejak 1 Sept 2015 iaitu dari 6 pagi hingga 12 tengah malam berbanding 6 pagi hingga 10 malam sebelum ini.

Perdana menteri yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2018 berkata, negara akan menjadi tuan rumah beberapa acara antarabangsa pada tahun 2020 antaranya Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat dan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel.

Tahun Melawat Malaysia yang pertama dilancarkan pada 1990 diikuti tahun 1994,2007 dan 2014.

-- BERNAMA



Sumber Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan


Demikianlah Artikel Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan

Sekianlah artikel Zon bebas cukai di Sarawak akan tingkatkan industri pelancongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: