Judul : Polis dedah ibu ‘jual’ dua anak bawah umur RM50 sekali seks
link : Polis dedah ibu ‘jual’ dua anak bawah umur RM50 sekali seks
Polis dedah ibu ‘jual’ dua anak bawah umur RM50 sekali seks
JOHOR BARU, 30 Okt ― Seorang wanita ditahan setelah menjual dua anaknya yang masih kecil dengan harga RM50 sekali seks kepada tiga warga asing.
Suspek, memperdagang anak perempuan berusia lapan dan 10 tahun kepada lelaki yang disyaki warga Bangladesh, diberkas di rumahnya di Senai, Rabu lalu.
Polis Johor berkata suspek berusia 39 tahun meninggalkan mangsa di sebuah hotel kepada tiga lelaki tersebut, lapor Berita Harian.
Suspek yang mengenali tiga lelaki tersebut, kini diburu polis, membawa anaknya ke hotel bajet di Larkin Perdana setiap hujung minggu sejak sebulan lalu.
"Mangsa akan ditinggalkan di bilik hotel dengan lelaki warga asing itu dan wanita berkenaan akan tidur di bilik lain.
"Wanita berkenaan akan menerima bayaran RM50 setiap kali suspek tidur bersama mangsa," kata ketua polis negeri Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
Dua mangsa itu mengalami kesan koyakan lama pada kemaluan mereka setelah diperiksa di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, tambahnya.
Kanak-kanak itu kini dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kes itu disiasat bawah Seksyen 372 dan 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan kegiatan pelacuran dan merogol gadis bawah umur.
Ia juga disiasat menurut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).
Suspek wanitu itu ibu tunggal yang bercinta dengan seorang daripada tiga lelaki berkenaan hampir lapan tahun.
Sumber Polis dedah ibu ‘jual’ dua anak bawah umur RM50 sekali seks