MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari

MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari
link : MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari

Baca juga


MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari

Setiausaha Agung MTUC J. Solomon berkata, sektor swasta tidak sepatutnya bersikap selektif dan "berfikir secara primitif" mengenai isu kebajikan pekerja-pekerja.

j-solomon-cuti-besalinPETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa pihak majikan tidak membantah cadangan Putrajaya supaya pekerja-pekerja wanita sektor swasta juga diberi cuti bersalin sehingga 90 hari.

Setiausaha Agungnya J Solomon berkata, sektor swasta tidak sepatutnya bersikap selektif dan “berfikir secara primitif” mengenai isu kebajikan pekerja-pekerja.

“Pekerja juga menyumbang kepada KDNK (keluaran dalam negara kasar),” katanya.

“MTUC tidak melihat alasan bagi bos untuk menolak daripada memberi cuti 90 hari untuk ibu (yang melahirkan anak),” kata beliau kepada FMT.

Beliau berkata firma-firma tertentu sudah pun memberikan cuti bersalin antara enam bulan dan setahun, dengan beberapa yang menawarkan bayaran bergaji penuh, dan yang lain memberi pilihan pembayaran separa dan bukan pembayaran.

Solomon berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) semalam bahawa syarikat mungkin perlu membelanjakan kira-kira RM20 bilion jika cuti 90 hari dijadikan mandatori.

“Kami menganggarkan syarikat perlu membelanjakan kira-kira RM10 bilion untuk kos cuti bersalin dan RM10 bilion lagi bagi mengupah pekerja sementara untuk menggantikan mereka yang bercuti,” kata Pengarah Eksekutif MEF, Dtuk Shamsuddin Bardan.

Beliau menambah, purata 250,000 pekerja wanita mengambil cuti bersalin setiap tahun.

Kata Solomon, MEF perlu menumpukan usaha mengurangkan jumlah pekerja asing, yang dikatakan menanggung aliran keluar tahunan purata RM34 bilion dari Malaysia.

“RM34 bilion diremitkan oleh pekerja yang didokumenkan untuk dibawa keluar. Angka itu mungkin lebih banyak jika kita turut mengambil kira pekerja-pekerja tanpa dokumen,” katanya.

Ketika membentangkan Bajet 2018 kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan cuti bersalin bagi pekerja sektor swasta dinaikkan dari 60 hari kepada 90 hari seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari


Demikianlah Artikel MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari

Sekianlah artikel MTUC gesa swasta laksana syor cuti bersalin 90 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: