Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40

Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40
link : Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40

Baca juga


Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40

PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melonggarkan syarat penajaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan luar bandar bagi menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bermula tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu adalah susulan peningkatan peruntukan dalam Bajet 2018 untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

Ketika ini katanya, 40 peratus pelajar KPTM mendapat tajaan penuh kerajaan memandangkan syarat yang ditetapkan adalah sekurang-kurangnya lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ketika ini yang tidak cukup lima kredit SPM memang terus ditolak (untuk penajaan) tetapi akan datang mungkin yang dapat empat kredit dan datang jauh dari pedalaman akan diberi penajaan.

"Pelajar di bandar yang datang daripada keluarga B40 juga akan diberi kelonggaran ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-34 KPTM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Seramai 5,585 graduan menerima diploma, ijazah dan sijil profesional masing-masing dalam majlis konvokesyen yang berlangsung selama dua hari itu bermula semalam.

Ismail Sabri berkata Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas memperuntukkan RM2.5 bilion untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, iaitu peruntukan tertinggi pernah diberikan kepada agensi itu.

Susulan itu, katanya, peluang untuk mereka yang berminat menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) juga akan lebih luas.

"Tahun lepas kita agak kurang hantar pelajar sarjana dan PhD (ke luar negara) tetapi dengan kelulusan RM2.5 bilion ini, peluang untuk kita tambah pelajar lebih luas," katanya.

Mengenai kebolehpasaran graduan KPTM, Ismail Sabri berkata beliau meletakkan sasaran 80 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian, berbanding 72 peratus ketika ini.

"Setiap tahun kebolehpasaran graduan meningkat satu hingga dua peratus, tetapi saya juga mahu menggalakkan mereka menjadi 'job creator' (usahawan)," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40


Demikianlah Artikel Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40

Sekianlah artikel Mara longgar syarat tajaan pelajar luar bandar, B40 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: