Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih

Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih
link : Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih

Baca juga


Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih

ALOR SETAR: Pemain muda yang beraksi cemerlang pada aksi terakhir di laman sendiri Liga Super bertemu JDT malam tadi membuktikan Kedah tidak ketandusan pemain pelapis, kata Ketua Jurulatihnya Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Beliau berkata mereka telah menunjukkan tahap permainan yang tinggi dan berupaya mengikat pasukan lawan untuk berkongsi satu mata tanpa sebarang jaringan.

"Pemain tahu pentingnya bermain di sini dan mereka bermain seperti skuad senior.

"Saya melihat Kedah tidak berdepan dengan ketandusan pemain tempatan yang berbakat untuk masa hadapan," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Pada aksi itu, Kedah secara keseluruhannya dibarisi pemain muda dan dibantu seorang pemain import Liridon Krasniqi.

Keputusan itu meletakkan skuad Hijau kuning berada di tangga keempat dalam carta Liga Super musim ini manakala JDT kekal di puncak liga.

Dalam pada itu, Mohd Nidzam berharap penyerangnya, Ken Ilso Larsen dapat beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu JDT di Stadium Shah Alam pada 4 Nov ini.

"Kita mengharapkan Ken Ilso dapat beraksi pada final nanti, setakat ini laporan daripada pasukan perubatan memberitahu kecederaannya semakin pulih," katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih pasukan JDT, Ulisses Morais berkata anak buahnya akan membuat persediaan rapi dengan harapan untuk memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia itu nanti.

Mengulas perlawanan malam tadi, beliau berkata secara keseluruhan pasukannya berjaya mengawal permainan dan mencipta peluang-peluang untuk menjaringkan gol walaupun gagal mengatasi tuan rumah.

-- BERNAMA



Sumber Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih


Demikianlah Artikel Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih

Sekianlah artikel Kedah tidak ketandusan pemain pelapis - Ketua jurulatih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: