Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand

Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand
link : Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand

Baca juga


Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand

SARI: Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemukan selepas dilapor hilang semasa mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu, menurut agensi berita IRNA.

Mayatnya ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat semasa menuruni gunung itu.

Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang segera menghantar pasukan menyelamat.

Ekoran masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka pada Jumaat dan menyambung kerja menyelamat pada Sabtu.

Mereka akhirnya menemukan mayat dan membawa mayat turun daripada ketinggian 4,300-meter, kata IRNA.

Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran hari ini.

Seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 orang daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.

Namun dua lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.

Mayat seorang daripada mereka ditemukan lima hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

-- BERNAMA



Sumber Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand


Demikianlah Artikel Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand

Sekianlah artikel Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: