Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan

Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan
link : Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan

Baca juga


Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan

Wan Azizah kini mempelbagaikan jualan kepada barangan basah dan barangan keperluan harian lain dengan membina sebuah kedai runcit. — Foto BernamaWan Azizah kini mempelbagaikan jualan kepada barangan basah dan barangan keperluan harian lain dengan membina sebuah kedai runcit. — Foto BernamaPASIR PUTEH, 29 Okt — Tiada rezeki datang bergolek tanpa diiringi usaha gigih dan pengorbanan.

Atas kepercayaan itulah, usahawan pemprosesan ayam Wan Azizah Wan Salleh, 45, mengorak langkah mengubah kehidupannya sekeluarga walaupun berdepan pelbagai cabaran hingga kini muncul jutawan.

Belau yang lebih mesra dipanggil Kak Zah berkata pendapatan sebagai petani yang tidak seberapa menyebabkan beliau dan suami Mat Yazid Jusoh, 49, memikirkan jalan lain untuk menambah pendapatan.

“Ketika itu kami tinggal di sebuah rumah dengan sewa RM70 sebulan bersama tiga anak. Hidup kami memang susah. 

“Pelbagai cara kami fikirkan untuk menambah pendapatan sehinggalah mendapat idea untuk memelihara ayam di belakang rumah dan menjual ayam tersebut secara kecil-kecilan dengan menjaja ke kampung-kampung.

“Jualan pertama kami bermula dengan lima ekor ayam sahaja. Bagaimanapun permintaan semakin bertambah dari semasa ke semasa dan kami berdepan kekangan modal. 

“Alhamdulillah ketika itulah saya diperkenalkan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) oleh seorang sahabat,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya di Kampung Banir Belikong, Selising di sini, semalam.

Kejayaan Wan Azizah, seorang peminjam atau sahabat AIM, menjadi jutawan dengan dana pinjaman kerajaan diraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat kelmarin.

Perdana menteri berkata usahawan itu berjaya menjadi jutawan dalam bidang ternakan dan pemprosesan ayam dengan modal permulaan RM500 daripada AIM pada 1993.

Wan Azizah berkata bermula dengan pinjaman pertama melalui AIM berjumlah RM500 beliau menambah jumlah ayam peliharaan kepada hampir seratus ekor.

Katanya bermula dari situ suaminya mula membuka gerai kecil di tepi jalan berdekatan rumah mereka.

“Saya turut membantu suami menyiang ayam walaupun langsung tidak mempunyai pengalaman sehingga luka-luka jari dan tangan. Bila memikirkan perkara itu kadang-kadang rasa sebak.

“Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat saya apatah lagi Allah mengurniakan rezeki yang lebih baik kepada kami saban hari,” katanya.

Katanya berikutan permintaan yang semakin meningkat mereka mula mendapatkan bekalan ayam daripada ladang dengan membuat beberapa kali pinjaman daripada AIM hingga mencecah RM50,000.

Berbekalkan modal tersebut, Wan Azizah membina sebuah kedai yang lebih besar dengan nama ‘Ziza Ayam Proses’ di kawasan sama dan mula menggaji tiga pekerja bagi membantu menyiang dan menghantar bekalan ayam kepada pelanggan, pemilik restoran atau permintaan untuk kenduri.

“Syukur Alhamdulillah selepas lebih 20 tahun berniaga kini saya memiliki sembilan pekerja dengan purata jualan ayam 900 ekor sehari,” katanya.

Dengan hasil perniagaan tersebut juga beliau berjaya membina sebuah rumah sendiri yang selesa untuk didiami bersama enam anaknya.

Wan Azizah turut mempelbagaikan jualan kepada barangan basah dan barangan keperluan harian lain dengan membina sebuah kedai runcit bersebelahan kedai memproses ayamnya. — Bernama



Sumber Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan


Demikianlah Artikel Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan

Sekianlah artikel Hidup susah dorong Wan Azizah usaha jadi jutawan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :