Judul : Remaja terpukau, ‘orang minyak’ cekik ketika sidai kain
link : Remaja terpukau, ‘orang minyak’ cekik ketika sidai kain
Remaja terpukau, ‘orang minyak’ cekik ketika sidai kain
KOTA BARU, 1 April — Seorang pelajar tingkatan lima sesak nafas apabila dijerut individu digelar “orang minyak” ketika menyidai kain pagi tadi.
Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, yang “seolah-olah dipukau” diserang di belakang rumahnya di Kampung Pengkalan Demit jam 9 pagi, lapor Kosmo!.
“Saya seolah-olah dipukau dan hanya tersedar selepas kelibat lelaki itu mencekik leher saya,” katanya selepas ditemui akhbar itu sejam kemudian.
“Tangan, kaki dan bahagian perut saya diikat dengan tali. Jerutan yang kuat di bahagian perut membuatkan saya sesak nafas.”
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian II itu ditarik masuk ke ruang tamu dari arah belakang oleh suspek.
Selepas beliau menjerit meminta tolong dalam ketakutan, suspek itu lari melalui tingkap dapur rumah, kata Nik Anis yang masih trauma.
Ketika kunjungan portal itu, ada kesan minyak pada leher dan kaki mangsa. Cerita “orang minyak” tersebar di kampung itu sejak sebulan lalu.
Sumber Remaja terpukau, ‘orang minyak’ cekik ketika sidai kain