Judul : Bengang Peminat Asyik 'Curi-curi' Swafoto, Bruno Mars Baling Tuala
link : Bengang Peminat Asyik 'Curi-curi' Swafoto, Bruno Mars Baling Tuala
Bengang Peminat Asyik 'Curi-curi' Swafoto, Bruno Mars Baling Tuala
Gelagat seorang peminat Jepun yang asyik 'berswafoto dan cuba mendapatkan perhatian' Bruno Mars ketika dia sedang membuat persembahan di konsertnya baru-baru ini telah mengundang kemarahan terhadap penyanyi antarabangsa tersebut.Bruno mengadakan konsert jelajah Asia 24K Magic World Tour selama empat hari Saitama Super Arena, Saitama, Jepun pada pada 11 hingga 15 April lalu.
Sejak dari mulanya konsert, Moeka Nozaki yang juga merupakan seorang pelakon dan model yang duduk di zon VIP tidak henti-henti merakamkan 'swafoto dia dan Bruno' yang berada di atas pentas dan sedang menyanyi.
Menyedari kelakuan peminat berkenaan, Bruno cuba memberi isyarat meminta wanita itu berhenti daripada terus berswafoto. Malah pelantun lagu That's What I Like itu turut membuat perminataan di dalam bahasa Inggeris agar Nozaki berhenti berswafoto.
Malangnya permintaan Bruno tidak diendahkan atau mungkin Nozaki tidak faham maksud permintaan Bruno memandangkan dia bercakap dalam bahasa Inggeris.
Bruno dikatakan berasa terganggu dan menganggap Nozaki tidak menghormati band dan penonton lain dengan asyik dengan aksi swafoto dan bukannya menikmati persembahannya.
Sekali lagi, Bruno cuba memberhentikan kelakuan pemiant berkenaan. Kali ini dia menggunakan bahasa pergerakan badan. Ketika sedang menyanyi dia menunjukkan ke arah Nozaki sambil melakukan isyarat seolah-olah menyuruhnya wanita itu menurunkan telefon pintarnya.
Peminat tersebut tidak memperdulikan 'amaran' bruno sebaliknya dia masih menerukan kelakuan tersebut sehingga membuatkan Bruno berasa jengkel dan naik angin. Akibatnya, dia terus melemparkan sehelai tuala ke arah aktres tersebut sebagai tanda dia marah.
Malangnya, peminat itu masih juga tidak faham bahasa. Sebaliknya dia menganggap Bruno memang mahu mencampakkan tuala itu ke arahnya sebagai hadiah. Dia sangat teruja dan berkongsi kegembiraannya itu di akaun Instagram.
Aksi Nozaki ternyata turut mengundang kemarahan dan mendapat kecaman ramai peminat antarabangsa yang rata-rata melaberkan pelakon itu sebagai biadap dan tidak menghormati. Lebih teruk, dia secara tidak langsung telah memberikan persepsi buruk mengenai peminat-peminat dan imej negara Jepun.
Ramai peminat mendesak Nozaki agar membuat permohonan maaf. Bagaimanapun setakat ini tiada apa-apa kenyataan maaf dariada artis itu mengenai kelakuannya.
Sementara itu, Bruno bakal mengadakan konsert 24K Magic World Tour in Kuala Lumpur di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 9 Mei ini.
Sumber Bengang Peminat Asyik 'Curi-curi' Swafoto, Bruno Mars Baling Tuala