Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama

Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama
link : Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama

Baca juga


Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama

Proton juga melancarkan undian di Facebook syarikat berkenaan, menjemput orang ramai mengundi nama SUV pertama itu.

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd sudah bersedia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), produk pertama yang dibangunkan secara usahasama dengan rakan kongsinya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Zhejiang Geely).

Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Proton Abdul Rashid Musa, berkata model tersebut merupakan SUV Segmen C mewah pertama dikeluarkan oleh jenama automotif Malaysia itu.

“SUV tersebut dilengkapi dengan tambahan ciri-ciri berteknologi canggih seperti pengecaman suara, kamera 3D 360 darjah dan aspek keselamatan lebih maju seperti kawalan laju jajap mudah suai dan bantuan brek kecemasan automatik serta banyak lagi,” kata Abdul Rashid dalam satu kenyataan hari ini.

SUV tersebut menjadi titik tolak pelbagai model baru bagi syarikat berkenaan, beliau juga menyeru orang ramai melihat masa depan Proton melalui tinjauan ke atas kenderaan itu dengan lebih dekat.

Beliau tidak mendedahkan tarikh pelancaran, bagaimanapun, satu undian dalam talian sedang dibuat bagi menentukan nama paling sesuai untuk SUV itu.

“Undian dalam talian dilancarkan oleh Proton pada halaman Facebook syarikat berkenaan, menjemput orang ramai mengundi nama SUV pertamanya dan ini menarik respons yang luar biasa pada 9 hari pertama,” kata Abdul Rashid.

Sehingga 11 April, lebih 69,000 pengguna Facebook mengambil bahagian dalam pengundian manakala video dipaparkan telah ditonton sebanyak lebih 165,000 kali.

Lebih 1,000 orang berkongsi kandungan berkaitan pada halaman peribadi mereka sendiri, meningkatkan jangkauan potensi langkah itu.

“SUV baru Proton, satu loncatan signifikan kepada syarikat dan oleh itu kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia kerana ia juga merupakan simbol kejayaan negara,” kata Abdul Rashid.

Proton akan merancakkan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran ke atas produk dan keterujaan di kalangan rakyat malaysia, apabila tarikh pelancaran rasmi semakin mendekati.

Proton dimiliki sebanyak 50.1 peratus oleh DRB-HICOM Bhd dan 49.9 peratus lagi, dipegang oleh Zhejiang Geely.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama


Demikianlah Artikel Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama

Sekianlah artikel Proton tidak sabar perkenalkan model SUV pertama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.