Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan

Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan
link : Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan

Baca juga


Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan



Rasullah s.a.w pernah berkata bahawa 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, jadi tidak hairanlah semakin ramai yang memilih untuk menceburi dalam bidang perniagaan.

Siapa sangka dengan hanya modal RM3,000, penjual nasi lemak ini mampu menjana pendapatan hampir RM400,000 sebulan. Paling penting, peniaga ini tidak membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana bank dan hanya menggunakan modal sendiri.

Penjual nasi lemak tersebut, Saleha Abdullah mula berniaga di sebuah kedai kecil di tepi jalan 10 tahun lalu dan ketika itu dia bekerja dengan arwah ibunya. Kemudian dia membuka sebuah kedai kecil di Kampung Pandan dan jualan nasi lemaknya mendapat sambutan luar biasa.



“Idea ini datang dari suami saya sendiri, masa itu saya bekerja dengan arwah mak, kedai kecil itu, dah 30 tahun lebih semasa arwah mak saya ada.

“Kemudian suami meminta saya untuk menjual nasi lemak di Kampung Pandan. Saya pun mula buat pada peringkat permulaan dalam sekilo beras sahaja. Ia habis dijual dan jumlah itu meningkat dari hari ke hari.

“Bermula 2009, saya gunakan modal RM3,000 itu sebagai modal pusingan dan saya konsisten, cermat dalam setiap duit yang dikeluarkan. Akhirnya, saya boleh buka kedai tepi jalan secara kecil-kecilan dan ada 20 pekerja,” katanya.



Tahun demi tahun, peniagaannya semakin berkembang  dan hasil usahanya, Saleha mampu membeli sebuah bangunan di Sri Rampai, Wangsa Maju bernilai RM3.8 juta dengan bantuan Amanah ikhtiar Malaysia dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).



Katanya, idea untuk membuka kedai lebih besar adalah daripada anak lelakinya, Mohd Rizal Isa yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai doktor untuk mempelajari selok-belok perniagaan.

Kini, Nasi Lemak Saleha mempunyai 60 kakitangan dan pendapatan hariannya boleh mencecah sehingga RM12,000.



Menurut Saleha, tiada apa yang istimewa tentang nasi lemak yang dijualnya, tetapi masak dengan ikhlas dan niat untuk mencari rezeki dengan cara betul.

“Tiada apa yang unik tentang nasi lemak ini, cuma masak biar betul, hati biar ikhlas, jangan sebab harga barang naik, kita kurangkan bahan dalam masakan, orang akan lari,” katanya.

Bagi yang tidak tahu dimana lokasi kedai Nasi Lemak Saleha ianya terletak berhampiran Lebuhraya MRR2, anda boleh juga berkunjung ke sebuah lagi cawangan di Sri Rampai. Nasi Lemak Saleha beroperasi setiap hari bermula 6 pagi sehingga 1 pagi.


kredit : vitdaily.com

Sumber Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan


Demikianlah Artikel Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan

Sekianlah artikel Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: