Azizulhasni pecah rekod Asia

Azizulhasni pecah rekod Asia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Azizulhasni pecah rekod Asia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azizulhasni pecah rekod Asia
link : Azizulhasni pecah rekod Asia

Baca juga


Azizulhasni pecah rekod Asia

NILAI: Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang melaungkan amaran awal untuk mempertahankan gelaran 'Raja Pecut' Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) apabila melakar rekod baharu Asia dalam acara pecut di Velodrom Nasional, sebentar tadi.

Kejayaan itu dilakukan 'The Pocketrocketman' pada pusingan kelayakan apabila mencatat masa 9.774 saat (s) sekali gus memadamkan rekod lama 9.843s milik pelumba Jepun, Nitta Yudai yang dilakukannya pada Piala Trek Jepun tahun lalu.

Catatan itu bukan sahaja rekod baharu kebangsaan tetapi turut memadamkan catatan peribadi terbaik dilakukan Azizulhasni 10.057s pada Sukan SEA yang lalu.

"Selepas beberapa tahun mencuba untuk melakukan catatan bawah 10s, akhirnya saya berjaya. Saya sangat puas hati dan sebenarnya sudah jangka dapat melakukannya berdasarkan prestasi saya dalam latihan.

"Malah, kejayaan Shah Firdaus (Sahrom) yang terlebih dulu melakar catatan bawah 10s dalam pusingan kelayakan lebih awal, membakar semangat saya kerana dia juga belum pernah melakukannya," kata juara dunia keirin itu.

Azizulhasni kemudian akan bertarung dalam suku akhir selepas menewaskan Ranjit Singh dari India.

Bagaimanapun, Shah Firdaus yang melakar 9.977s pada pusingan kelayakan gagal mara selepas tewas kepada Wenjun Bi dari China.

Aksi suku dan separuh akhir akan berlangsung pada sesi petang manakala final sebelah malam.

Sementara itu, Malaysia berpeluang meraih emas pertama kategori remaja apabila Zulhelmi Zainal mara ke final individu kejar-mengejar, malam ini.



Sumber Azizulhasni pecah rekod Asia


Demikianlah Artikel Azizulhasni pecah rekod Asia

Sekianlah artikel Azizulhasni pecah rekod Asia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.