Judul : Gagal menang PRU14, Pemuda UMNO Terengganu dan BN Pulau Pinang desak Najib letak jawatan
link : Gagal menang PRU14, Pemuda UMNO Terengganu dan BN Pulau Pinang desak Najib letak jawatan
Gagal menang PRU14, Pemuda UMNO Terengganu dan BN Pulau Pinang desak Najib letak jawatan

Pemuda UMNO Terengganu mendesak Datuk Seri Najib Razak memberi laluan kepada pelapis baharu untuk menerajui parti itu.
Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, berkata kepemimpinan baharu oleh generasi muda adalah perlu bagi memastikan kelangsungan UMNO pada masa depan.
"Permulaan baharu untuk Malaysia, suara rakyat sudah memilih perubahan yang cukup jelas dan nyata," katanya.
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak kepemimpinan tertinggi UMNO di peringkat Pusat meletakkan jawatan, susulan kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar, berkata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang perlu bertanggungjawab, selain parti memerlukan penjenamaan baharu demi kelangsungan politik.
"Kita perlu seorang ketua baru secepat mungkin. Apa yang berlaku membuktikan rakyat bukan tidak mahu dengan parti, bukan sebab kita tidak bekerja, tetapi kerana ketua itu sendiri.
"Kita tidak mahu ketua yang bermasalah, sehingga menjejaskan imej parti. Ramai pemimpin yang berkaliber boleh menang, tetapi mereka 'terkorban'," katanya ketika dihubungi oleh NSTP, hari ini.
"Khairy mampu menjenamakan semula parti, terutamanya dalam usaha meyakinkan dan mengembalikan kepercayaan parti kepada pengundi muda. Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Hussein juga tidak layak kerana kedua-dua mereka gagal," katanya.
Sumber Gagal menang PRU14, Pemuda UMNO Terengganu dan BN Pulau Pinang desak Najib letak jawatan
Demikianlah Artikel Gagal menang PRU14, Pemuda UMNO Terengganu dan BN Pulau Pinang desak Najib letak jawatan
Sekianlah artikel Gagal menang PRU14, Pemuda UMNO Terengganu dan BN Pulau Pinang desak Najib letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.