BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat

BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat
link : BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat

Baca juga


BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat

KOTA KINABALU: Mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) yang ingin menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu memahami bahawa parti benar-benar memerlukan calon yang berkredibiliti dan mendapat sokongan padu rakyat.

Itu antara peringatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis perjumpaan beliau bersama pemimpin BN Sabah yang berlangsung kira-kira sejam, di sini, malam ini.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata nasihat itu berkaitan dengan semangat kesetiakawanan dan perlunya setiap pemimpin bersikap realistik demi memastikan kemenangan BN.

"Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pemimpin BN bahawa kali ini parti benar-benar mahu calon yang mempunyai kredibiliti dan sokongan padu rakyat, tidak kira sama ada mereka adalah penyandang atau sebaliknya.

"Nasihat itu adalah untuk seluruh negara, bukan Sabah saja. Perjumpaan malam ini juga membincangkan secara terperinci mengenai langkah yang perlu diambil sebelum dan semasa pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isi perbincangan dalam perjumpaan itu yang dihadiri hampir semua pemimpin dan wakil rakyat BN Sabah.

Ia merangkumi semua parti komponen BN Sabah iaitu UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA, MIC dan Gerakan.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang juga Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau; Presiden LDP, Datuk Teo Chee Kang dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Ahmad Zahid turut menekankan agar semua parti komponen BN memastikan setiap prosedur semasa kempen dan hari pilihan raya mesti difahami oleh parti dan calon.

"Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan supaya kita (BN) tidak mengulangi kelemahan kecil atau besar yang berlaku pada pilihan raya lalu," katanya.



Sumber BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat


Demikianlah Artikel BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat

Sekianlah artikel BN perlu calon berkredibiliti, disokong rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.