Judul : Sangka skandal dengan menantu, ibu berpisau kejar anak
link : Sangka skandal dengan menantu, ibu berpisau kejar anak
Sangka skandal dengan menantu, ibu berpisau kejar anak
Seorang guru tuisyen yang mendakwa diganggu adik iparnya secara seksual membuat laporan di balai polis Pandan Indah. ― Paparan skrin GoogleAMPANG, 29 Nov ― Seorang wanita dihambat ibu kandungnya dengan pisau kerana mangsa disangka menjalin hubungan sulit dengan adik iparnya.
Mangsa turut dipukul sebelum dihalau dari rumah di Pandan Indah di sini sekitar jam 5 petang kelmarin, selain dianggap “sial” kepada keluarga, lapor Harian Metro.
“Lebih memburukkan keadaan apabila adik mangsa menjadi ‘batu api’ dengan mendakwa mangsa mengganggu suaminya,” kata sumber portal itu.
Mangsa, 37 tahun, guru tuisyen pula mendakwa adik iparnya kerap “mengganggunya secara seksual” sebelum beliau membuat aduan di balai polis Pandah Indah selepas dihalau.
Mengesahkan kejadian, ketua polis daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul mangsa.
Portal itu tidak menyebut kaitan hubungan suspek dengan mangsa.
Sumber Sangka skandal dengan menantu, ibu berpisau kejar anak