Judul : 'Masa buat tak fikir, dah dihukum penjara 10 tahun baru nak menangis'
link : 'Masa buat tak fikir, dah dihukum penjara 10 tahun baru nak menangis'
'Masa buat tak fikir, dah dihukum penjara 10 tahun baru nak menangis'
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara kepada empat remaja masing-masing lima tahun dan 10 tahun bagi kesalahan merogol seorang remaja perempuan secara berkumpulan, dua tahun lalu, lapor Harian Metro.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menjatuhkan hukuman itu selepas menerima rayuan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail (perayu) ke atas hukuman yang dijatuhi Mahkamah Majistret Kanak-Kanak terhadap keempat-empat remaja (responden) berusia 16 tahun hingga 17 tahun itu pada 20 Mac lalu.
Tiga remaja terbabit didakwa merogol dihukum penjara 10 tahun, manakala seorang lagi didakwa melakukan seks luar tabii dihukum penjara lima tahun. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa serta-merta.
Keempat-empat remaja terbabit menangis teresak-esak di kandang tertuduh sebaik saja mahkamah menjatuhkan hukuman itu. Keluarga mereka yang turut berada di galeri awam juga tidak dapat menahan tangisan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohamad Shariff menasihat mereka agar bertaubat dan berubah.
"Mahkamah bersimpati pada kamu kerana kamu masih muda tetapi mahkamah lebih bersimpati pada mangsa yang mengalami trauma. Tindakan kamu ini sangat memalukan. Mahkamah harap kamu bertaubat," katanya.
Terdahulu, tiga remaja berkenaan didakwa bersama-sama merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun sembilan bulan di kawasan semak di Sentul, jam 4 pagi, 7 Disember 2016.
Seorang lagi remaja didakwa melakukan seks luar tabii terhadap mangsa di masa dan tempat yang sama.
Sumber 'Masa buat tak fikir, dah dihukum penjara 10 tahun baru nak menangis'
Demikianlah Artikel 'Masa buat tak fikir, dah dihukum penjara 10 tahun baru nak menangis'
Sekianlah artikel 'Masa buat tak fikir, dah dihukum penjara 10 tahun baru nak menangis' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.