Judul : Tak Tun Tuang keluarkan Upiak Silvia Nanda dari kemiskinan
link : Tak Tun Tuang keluarkan Upiak Silvia Nanda dari kemiskinan
Tak Tun Tuang keluarkan Upiak Silvia Nanda dari kemiskinan
Penyanyi dan pencipta lagu berjudul Tak Tun Tuang, Silvia Nanda atau dipanggil dengan nama Upiak, 32, bukan dilahirkan dalam keluarga yang mewah dan berada.
Dilahirkan di Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, Indonesia, keluarganya hidup dalam kemiskinan sebelum dia berpindah dan menetap di Pariaman bersama keluarga angkat.
Cerita Upiak, selepas ibu bapanya bercerai, sebagai anak sulung daripada tiga orang adik beradik, dia melakukan apa sahaja pekerjaan demi sesuap nasi.
Maka itulah, kata Upiak, dia mula menyanyi sejak usia 13 tahun di mana-mana majlis perkahwinan di Pariaman.
Kata Upiak, dia dibesarkan dari satu keluarga angkat kepada satu keluarga angkat dan pernah berkahwin selama dua tahun setengah sebelum perkahwinannya berakhir dengan perceraian.
Upiak sewaktu ditemui pada majlis sidang akhbar Tak Tun Tuang hari ini ternyata tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata kegembiraan apabila lagu Tak Tun Tuang telah mengubah kemiskinan hidupnya yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.
Kata Upiak, dengan duit pendahuluan yang diserahkan oleh MVM Production (MVM) selepas dia menandatangani persetujuan untuk bernaung di bawah label tersebut, dia sudah mampu untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa untuk dirinya di kampung halaman.
“Untuk hidup, saya dibesarkan oleh keluarga angkat. Dari satu keluarga angkat kepada satu keluarga angkat yang lain. Saya juga melakukan apa sahaja pekerjaan termasuk menyanyi di khemah-khemah orang kahwin seawal usia 13 tahun.
“Saya tidak memilih pekerjaan dan sebelum MVM datang berjumpa saya, saya menjual makanan nutrisi tetapi saya bukanlah misi yang bekerja di klinik,” katanya sambil mengesat air mata.
Upiak yang tidak mencilok lagu berjudul Madu dan Racun ciptaan dan nyanyian Ari Wibowo memberitahu, Tak Tun Tuang dicipta bersama kawannya, Ardi sekitar tahun 2014.
Kenyataan melodi Tak Tun Tuang tidak sama dengan melodi Madu dan Racun di mana hak penyiaran (publishing) adalah di bawah label Goodsound Music, disokong oleh Pengarah Urusan MVM Production, Hadi Rumnan.
Menurut Hadi, isu yang timbul itu telahpun diselesaikan dan hak penyiaran lagu Tak Tun Tuang adalah milik Upiak dan MVM.
Upiak yang menjadi popular dalam sekelip mata, mengakui tidak mempunyai suara yang gah tetapi populariti yang diraihnya berjaya menembusi pendengar di Thailand.
“Sememangnya saya tidak menyangka penerimaan pendengar di Malaysia dan Thailand kerana penerimaan awal masyarakat di tempat saya sendiri, orang melihat lagu Tak Tun Tuang sebagai lagu orang gila,” kata Upiak yang tidak berapa fasih berbahasa Melayu kecuali bertutur dalam dialek Minang Padang.
Upiak berkata, biarlah dia menikmati kehidupan hari ini dan serik untuk berkahwin lagi.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Tak Tun Tuang keluarkan Upiak Silvia Nanda dari kemiskinan