Judul : "Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah" - Mangsa banjir
link : "Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah" - Mangsa banjir
"Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah" - Mangsa banjir
BESUT: Pengalaman hampir di panah petir ketika rumah dinaiki air menjadikan seorang warga emas di Besut, Terengganu trauma, setiap kali banjir berlaku.Walaupun, peristiwa menakutkannya itu sudah empat tahun berlalu, ia terus menghantuinya.
Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Kamariah Senik, 74 tahun berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mengejutkannya.
"Panahan kilat itu macam kita mencucuh mancis, ada percikan api. Kemudian, makcik tengok petir itu masuk ke dalam rumah sampai melepasi tangga.""Makcik meraung dan serentak itu rumah terus gelap gelita dan tengok mesin kelapa ni habis bengkok," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tembila Besut, tengah malam tadi.
TONTON: Banjir surut, semua mangsa dijangka pulang
Menurut Kamariah, kejadian itu berlaku kira-kira 2 pagi, sebelum dia mengejutkan suaminya, Mat Ghani Muda, 90 tahun.
Sementara itu, katanya, dia dan suaminya sudah lali dengan kejadian banjir yang melanda rumah mereka saban tahun.
"Kami bagaikan penghuni tetap di pusat pemindahan ini. Dah 30 tahun kami berpindah ke sekolah ini (Sekolah Kebangsaan Tembila Besut) setiap kali banjir.
"Ini dah jadi rumah kedua kami bila banjir. Kami tiada pilihan kerana rumah akan dinaiki air, setiap kali musim tengkujuh," katanya lagi.
BACA: Jururawat 'manis' sanggup redah banjir demi ibu bersalin
Sumber "Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah" - Mangsa banjir