Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu

Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu
link : Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu

Baca juga


Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu

LAPAN penjenayah termasuk anggota polis dan tentera ditahan selepas dipercayai terbabit menembak dan melarikan haiwan ternakan dari sebuah ladang di Kampung Ulu Lakai, Jelebu, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi, suspek berusia 29 hingga 54 tahun yang menaiki dua pacuan empat roda masuk ke kawasan ladang berkenaan dengan menyamar sebagai kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk menjalankan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek bertindak menembak dua lembu dan empat kambing milik penduduk dengan menggunakan senapang patah serta pistol.

Katanya, enam haiwan ternakan itu mati sebelum suspek memotong lembu kepada dua bahagian dan dipunggah masuk ke dalam kenderaan mereka.

“Setengah jam kemudian, suspek dilihat keluar dari kawasan ladang. Namun, beberapa penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka bertindak mengepung dan menahan kenderaan di laluan keluar.

“Penduduk menjalankan pemeriksaan menemui semua haiwan berkenaan di ruang simpanan di bahagian belakang kenderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, penduduk memaklumkan kejadian kepada polis dan sepasukan anggota ke lokasi menjalankan siasatan.

Katanya, pemeriksaan polis turut menemui senjata api, beberapa butir peluru hidup, kapak dan pisau di dalam kenderaan suspek.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Sumber: Harian Metro



Sumber Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu


Demikianlah Artikel Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu

Sekianlah artikel Anggota polis dan tentera berpakat curi lembu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: