Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga

Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga
link : Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga

Baca juga


Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga

Dalam sebuah persaingan untuk mendapatkan pelanggan, kebanyakan  peniaga menggunakan taktik untuk mengalahkan pesaingnya. Salah satu taktik yang digunakan adalah perang harga.

Memang ada peniaga yang buang harga melampau daripada harga pasaran semata-mata untuk mencari pelanggan. Ini sikap mengambil jalan mudah. Tidak pandai bersaing.

Hal ini akan merosakkan pasaran. Implikasinya bukan bersifat individu. Tapi ianya  berkait dengan masa depan produk dan syarikat pengeluar. Perang harga akhirnya akan merosakkan perniagaan mereka dan orang lain.

Contoh, sekiranya peniaga nasi ayam di sesuatu kawasan itu menurunkan harga nasi lemaknya dari Rm1.50 kepada RM1.00, ini akan menyebabkan usahawan nasi lemak yang lain di kawasan itu juga turut mengurangkan harga ke RM1.00.

Lama ke lamaan, harga akan semakin kurang akibat perang harga, dan keuntungan juga kurang. Apabila untung kurang, perniagaan pun gulung tikar.

Perang harga dalam sesuatu produk yang dijual memberi kelebihan kepada pengguna dari segi pilihan produk terbaik serta sesuai dengan nilai wang yang dibelanjakan.

Dengan tujuan untuk menarik seramai mungkin pelanggan, ada diantara peniaga saling berlumba memperkenalkan harga terbaharu produk masing-masing terutama dalam menambahkan jumlah pembelian.

Semakin hari, peniaga bersaing menawarkan harga yang lebih murah dan menarik sehinggakan ada pengguna yang menyatakan mereka sudah membuat pembelian produk kali kedua dalam tempoh sebulan.

#1: Tidak Terlibat Dalam Perang Harga

Persaingan yang paling berisiko memakan diri sendiri adalah persaingan dengan menurunkan harga. Kita boleh lihat bagaimana mereka yang bersaing dengan cara menurunkan harga tidak dapat bertahan lama dalam pasaran.

Kita boleh turunkan harga jualan hanya apabila memang kita dapat menurunkan kos pengeluaran kita. Jangan sekali-kali kita menurunkan harga jualan dengan tujuan hendak mencuri pelanggan mereka yang sudah sedia ada dalam pasaran.

Dalam perniagaan, perlu ada strategi yang berkesan agar kita nampak produk atau servis yang kita buat itu tampak gagah dan digeruni oleh pesaing-pesaing terdekat kita ini.

 #2: Gunakan Strategi Ini Untuk Yang Lebih Rendah Harga

Ia merujuk kepada strategi meletakkan harga rendah pada permulaan untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar, kemudian secara perlahan-lahan menaikkan harga.

Tujuan meletakkan pada harga yang rendah adalah untuk meramaikan pelanggan di sesuatu pasaran. Apabila telah mendapat market share yang tinggi, harga mula dinaikkan secara perlahan-lahan, tanpa disedari atau sedar.

Merujuk kepada meletakkan produk atau perkhidmatan kita pada harga yang tinggi. Ini adalah strategi yang baik apabila produk dan perkhidmatan kita mempunyai satu keunikan yang tersendiri serta mempunyai daya saing yang hebat dibandingkan dengan pesaing.

Premium pricing adalah baik apabila ia memberi tanggapan kualiti yang amat hebat. Dengan menggunakan premium pricing, marjin keuntungan adalah lebih tinggi,dan ini akan menambahkan keuntungan sesuatu perniagaan dan memudahkan promosi seterusnya mengembangkan perniagaan tersebut. Premium pricing seringkali menambahkan kekuatan jenama sesuatu perniagaan.

#3-Menekankan Manfaat Produk, Bukan Harga

Membina jenama perniagaan anda! Jenama akan mengubahkan perniagaan anda supaya pelanggan tidak melihat pada harga, tetapi jenama.

Seorang peniaga memang akan menjual produk dengan mencari pelbagai cara agar produk jualan laris di pasaran dan menjana banyak keuntungan daripada produk yang ditawarkan kepada pelanggan.

Tetapi kadang-kadang peniaga terlupa, bahawa yang diinginkan pelanggan adalah solusi untuk masalah yang mereka hadapi.

Peniaga  tidak memikirkan apakah mereka tawarkan itu  sesuai dengan masalah yang dihadapi pelanggan. Peniaga  juga tidak selalu tahu apakah itu yang dicari oleh para pelanggan untuk masalah yang mereka hadapi.

Dan inilah yang terkadang hanya menciptakan persembahan dalam penjualan yang terlalu panjang dan harga yang “direndah – rendahkan”.

Cubalah untuk fokus pada solusi yang dicari pelanggan. Pastinya harga yang anda tawarkan tidak akan menjadi masalah kepada pelanggan kerana produk yang  ditawarkan memang benar – benar sesuai bagi pelanggan.

Ingat pelanggan mencari kita kerana mereka memiliki masalah dan mencari solusi, bukan hanya ingin menghabiskan duit untuk barang yang tidak mereka perlukan.



Sumber Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga


Demikianlah Artikel Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga

Sekianlah artikel Perang Harga: Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Peniaga Lain Kurangkan Harga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: