Judul : “Saya dengan rela hati terima Izreen Azminda sebagai madu saya. Tapi saya tidak tahu di pihak sana mampu menerima saya atau tidak” – Intan Liana
link : “Saya dengan rela hati terima Izreen Azminda sebagai madu saya. Tapi saya tidak tahu di pihak sana mampu menerima saya atau tidak” – Intan Liana
“Saya dengan rela hati terima Izreen Azminda sebagai madu saya. Tapi saya tidak tahu di pihak sana mampu menerima saya atau tidak” – Intan Liana
Pada awalnya hati Intan Liana Saleh, 30, sangat remuk apabila mengetahui suaminya yang juga seorang pemuzik, Muhammad Radzi Wahid, 29, atau lebih dikenali sebagai Ude didakwa telah menikahi pelakon terkenal, Izreen Azminda sejak Ogos lalu.
Bagaimanapun, dek kerana sayangkan mahligai yang dibina sejak empat tahun lalu, Intan berkata, dia sedia menerima Izreen sebagai madunya.
Kata Intan, dalam keadaan sekarang ada baiknya dia menerima ketentuan takdir.
“Saya ikhlas menerima pelakon tersebut sebagai madu. Memang pada mulanya saya agak kecewa tetapi saya anggap itu memang jodoh mereka.
“Saya yakin suami saya mampu bertanggungjawab kepada kami berdua. Sebagai isteri tentunya saya mahu mempertahankan rumah tangga saya kerana anak-anak dan sayangkan perkahwinan ini,” kata Intan kepada Utusan Online ketika ditemui, di sini tengah hari tadi.
Pertemuan Intan dengan Utusan Online juga disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online.
Sekalipun tidak mengenali Izreen secara peribadi, namun harapan Intan ialah mereka berdua dapat menjalin hubungan yang baik.
“Saya dengan rela hati menerima dia sebagai madu saya dan berharap kami dapat berbaik. Tetapi saya tidak tahu di pihak sana mampu menerima saya atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Izreen memberitahu, dia akan memberi penjelasan mengenai isu yang diperkatakan mengenainya dalam sidang akhbar minggu depan.
Izreen yang begitu tenang dan rasional memberitahu, dia juga enggan mana-mana pihak memanipulasi keadaan sehingga kenyataan dibuat dalam pertemuan dengan media kelak.
“Tunggu sahaja sidang akhbar saya nanti,” ringkas kata Izreen.
Nama Izreen tiba-tiba menjadi hangat dalam kalangan wartawan hiburan selepas dia didakwa sudah bernikah dengan Ude yang juga bapa kepada dua orang cahaya mata.
Menerusi perkahwinan dengan Intan pada 2013, Ude dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang masing-masing berusia 3 tahun dan lima bulan.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber “Saya dengan rela hati terima Izreen Azminda sebagai madu saya. Tapi saya tidak tahu di pihak sana mampu menerima saya atau tidak” – Intan Liana