Judul : Kenapa Malu Untuk Berniaga Dan Berjumpa Pelanggan?
link : Kenapa Malu Untuk Berniaga Dan Berjumpa Pelanggan?
Kenapa Malu Untuk Berniaga Dan Berjumpa Pelanggan?
Sememangnya ramai lagi masyarakat Malaysia masih malu untuk mulakan perniagaan. Ada juga di antara mereka malu untuk berjumpa dengan pelanggan serta malu untuk komersialkan dan promosikan produk atau servis mereka.
Mereka malu sekiranya produk mereka gagal dipasarkan serta malu ditertawakan oleh rakan-rakan. Daripada hal ini, ramai juga yang tersalah anggap bahawa perasaan malu tersebut boleh kita atasi dengan menjalankan perniagaan dari rumah (perniagaan internet). Ternyata pandangan mereka sememangnya salah!
Apa yang membuatkan mereka teruskan juga dengan bisnes ini? Ia adalah kerana baginya, dalam bisnes ni memang akan lalui segala perkara yang mencabar diri kita sendiri. Mencabar zon selesa kita untuk dapatkan yang lebih baik pada masa akan datang.
#1- Usahawan Tak Boleh Malu
Untuk berjaya dalam perniagaan internet, sebenarnya kita tak boleh lari daripada pelanggan. Kadang-kadang, pelanggan lebih suka sekiranya kita berjumpa dengan mereka, lagipun ia juga boleh menambah kepercayaan terhadap kita.
Ternyata, dalam mana-mana perniagaan, kita selaku usahawan memang tak boleh lari daripada perasaan malu. Memanglah perasaan malu ada baiknya, tapi adakalanya sekiranya malu tak bertempat, ia akan menghalang proses bisnes kita.
Mungkin ada di antara anda di luar sana juga merasa malu jika berbisnes. malu orang katakan “eh, takde duit lah tu sampai buat bisnes”. Kenapa kita mahu pedulikan kata-kata orang? Padahal bukan memberi manfaat kepada kita. Jadilah katak pekak di kala ayat ini diberikan kepada kita. Kita sedang memartabatkan sunnah Rasulullah saw iaitu berniaga
#2-Tangani Perasaan Malu Anda
Jika timbul perasaan malu untuk berniaga, fikirkan sejenak tentang 3 perkara di bawah ini:-
1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam.
Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga” – (HR Tarmizi)
2. Perniagaan Sunnah Rasulullah SAW.
Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Rasulullah S.A.W telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di seluruh pelusuk tanah arab.
Dari situ, Rasulullah belajar selok belok perniagaan sehingga baginda mendapat kepercayaan dari umat Islam. Justeru itu, kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?
3.Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara
Seperti yang sedia maklum, 10 orang terkaya di dunia kebanyakannya menjalankan perniagaan. Sebagai contohnya, Robert Kuok yang terkenal dengan Raja Gula serta Ananda Krishnan juga mempunyai empayar perniagaan besar seperti Maxis dan Astro.
Dengan kekayaan, mereka juga dapat menyalurkan sumbangan kepada golongan sederhana dan miskin di negara ini. Tidakkah itu satu perbuatan yang mulia?
Jadi, tiada sebab untuk kita malu untuk berniaga. Tanya diri sendiri sekali lagi, kenapa perlu malu untuk berniaga?
Sumber Kenapa Malu Untuk Berniaga Dan Berjumpa Pelanggan?