Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000

Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000
link : Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000

Baca juga


Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000

IPOH: Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang cedera akibat disambar api ketika menjalankan operasi di Kawasan Perindustrian IGB Tasek pada 11 November lalu, menerima sumbangan berjumlah RM13,000 daripada pihak industri terbabit. 

Anggota yang cedera parah, Shazlan Mohd Hanafiah, 32, menerima sumbangan RM8,000 manakala rakan sekerjanya, Mohd Azri Aziz, 30, pula menerima sumbangan RM5,000. 

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Kilang BKB Heavier Sdn Bhd, Toh Kai Keong, sambil disaksikan oleh Pengarah JBPM Perak, Datuk Yahaya Madis dalam satu majlis ringkas di Hotel Tower Regency hari ini. 

Yahaya berkata, sumbangan itu bertujuan membantu meringankan beban dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh itu untuk rawatan. 

"Sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan mengurangkan kesedihan yang dialami keluarga dua anggota yang cedera," katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan. 

Yahaya berkata, kes yang digelar sebagai 'letupan habuk' itu jarang berlaku di negara ini. 

Katanya, kes letupan habuk kebiasaan berlaku di kilang yang menghasilkan kayu dan kerap berlaku di kilang luar negara terutama membabitkan serombong pemprosesan bahan. 

Sementara itu, Shazlan berkata, berdasarkan pengetahuan dan ilmu yang dipelajari, mereka mengetahui risiko serombong setinggi sembilan meter terbabit akan meletup tetapi tidak menyangka ia benar-benar berlaku. 

"Membayangkan keadaan ketika itu, saya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang kedua untuk hidup," katanya.   

Sementara, Mohd Azri pula berkata, berdasarkan pengalaman yang dilalui sepanjang bekerja sebelum ini, beliau pada mulanya berasa berat hati untuk melakukan tugas berkenaan. 

"Perasaan berat hati itu memang ada tetapi atas dasar tanggungjawab kami teruskan juga kerana kalau diserahkan kepada pihak kilang ia akan lebih berbahaya, jadi kami ambil semua risiko itu," katanya. 

Pada 11 November lalu, BH melaporkan, dua anggota bomba cedera termasuk seorang parah akibat disambar api ketika menjalankan operasi memadam kebakaran serombong di sebuah kilang membuat papan lapis di Kawasan Perindustrian IGB Tasek.



Sumber Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000


Demikianlah Artikel Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000

Sekianlah artikel Dua hero bomba terima sumbangan RM13,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: