Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani

Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani
link : Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani

Baca juga


Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu ibubapa yang sibuk bekerja meluangkan lebih masa untuk bersama anak-anak mereka.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kurangnya perhatian dari dalam rumah menjadi antara penyumbang utama peningkatan jumlah remaja berisiko di negara ini.

Jelasnya, kebanyakan remaja berisiko yang diuruskan pihaknya mempunyai bakat serta keupayaan yang lebih hebat daripada apa yang dibayangkan sebelum ini.

"Bagi saya, remaja sekarang mahu lebih perhatian menyebabkan mereka yang kurang kasih sayang lebih terdedah untuk menjadi remaja berisiko.

"Ini kerana mereka mahu mendapat kasih sayang terus daripada ibu bapa mereka, sekiranya tak dapat, maka dicubanya pula kepada komuniti, sehinggalah mereka sanggup membuat apa sahaja demi perhatian orang sekeliling mereka.

"Keadaan ini diparahkan lagi dengan faktor luaran lain seperti rakan sebaya,dadah, internet dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas menjadi panel Forum Remaja Berisiko: Menangani lebih baik daripada menghukum yang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia pada Khamis.

Tambah beliau, pihaknya mendapat pelbagai cadangan bagi mengurangkan jumlah remaja berisiko termasuklah untuk mewajibkan kursus keibubapaan kepada semua pasangan yang baru berkahwin.

"Memang kita kenalpasti faktor dalaman keluarga menjadi antara punca utama kepada kewujudan remaja berisiko dalam negara ketika ini.

"Kami di kementerian menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN banyak mewujudkan kursus termasuk kursus keibubapaan, namun kurang mendapat sambutan," tambahnya.

Namun, beliau memberitahu pihaknya akan terus berusaha meningkatkan kesedaran keibubapaan sebagai langkah drastik bagi mengurangkan jumlah remaja berisiko.

Malahan katanya, KPWKM akan mencari jalan positif untuk memanfaatkan bakat remaja ini kerana mereka juga aset penting negara.

Antara panel forum berkenaan ialah Nordin Abdul Malek; Pengerusi Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek; Felo Biro Dakwah dan Sosial MCCF dan juga Ab Aziz Mohd Yatim; Felo Makmal Penyelidik UPSI.



Sumber Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani


Demikianlah Artikel Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani

Sekianlah artikel Anak mahu ibubapa luang lebih masa bersama mereka - Rohani kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: