Judul : Motosikal terbabas, pegawai kanan polis balik kerja maut
link : Motosikal terbabas, pegawai kanan polis balik kerja maut
Motosikal terbabas, pegawai kanan polis balik kerja maut
Seorang pegawai kanan polis maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas selepas melanggar bonggol, 30 November 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTBKUALA LUMPUR, 1 Dis — Seorang pegawai kanan polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas selepas melanggar bonggol di Jalan Lingkungan Alam Damai, di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, ASP Mohamad Kamal Abdullah Thani, 49, dalam perjalanan dari Taman Alam Damai menuju ke pusat bandar.
Beliau berkata mangsa merupakan pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
“Mangsa dipercayai baru habis kerja dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala,” katanya ketika dihubungi.
Zulkefly berkata siasatan yang dilakukan tidak menemui sebarang kesan pelanggaran kenderaan lain pada motosikal mangsa. — Bernama
Sumber Motosikal terbabas, pegawai kanan polis balik kerja maut