Judul : Mereka tak perasan agaknya...
link : Mereka tak perasan agaknya...
Mereka tak perasan agaknya...
PELAKON Izzue Islam, 27, menafikan kerjaya lakonannya suram apabila jarang muncul di televisyen.Kali terakhir drama lakonan Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 27, disiarkan di TV3 menerusi Patahnya Sebelah Sayap.
Anggota kumpulan Forteen itu berkata, dia tidak berasakan kerjayanya jatuh kerana tetap sibuk dengan penggambaran drama dan bakal muncul dengan dua filem baru.
"Drama baru saya bakal disiarkan bulan depan dan akan menyusul dua filem.
“Baru-baru ini drama lakonan saya, Kesempatan Kedua disiarkan menerusi slot Cerekarama.
“Dakwaan ini timbul mungkin kerana mereka tidak menyedari drama lakonan saya di TV.
“Bagaimanapun, sesiapa yang mengikuti akaun Instagram saya, pasti dapat melihat perkembangan kerjaya saya,” katanya.
Tambah Izzue, mungkin juga mereka berkata begitu kerana tiada cerita sensasi mengenai dirinya hingga mengandaikan kerjayanya makin perlahan.
Bagaimanapun, Izzue enggan terpalit dengan cerita negatif dan lebih selesa dengan cara kerja sekarang.
"Biarlah saya begini tetap aktif berlakon dan menyanyi. Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun jarang dilihat di televisyen," katanya.
Kata Izzue, dia juga akan muncul dengan lagu baru untuk projek solo kedua manakala single baru Forteen akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sumber Mereka tak perasan agaknya...