Judul : Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia
link : Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia
Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia
KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Menteri Luar Thailand dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Surin Pitsuwan, yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung hari ini merupakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh yang telah menunjukkan komitmen yang mendalam dalam usaha-usaha membudayakan integriti dalam kalangan negara serantau.Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menerusi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat rantau ASEAN.
"INTEGRITI merasakan kematian Allahyarham Tan Sri Dr Surin bukan sahaja satu kerugian kepada rakyat Thailand, malah kepada seluruh dunia khususnya kepada rantau ASEAN. "Kami menerima berita yang mengejutkan ini dengan penuh sedih.
"Tan Sri Dr Surin adalah seorang negarawan terbilang, seorang yang berilmu dan banyak mencurahkan bakti bukan sahaja kepada Thailand malah kepada dunia." jelasnya.
Tambah Dr Anis, Allahyarham telah banyak memberi panduan dan kerjasama padu kepada INTEGRITI dan institut itu amat merasai kehilangan beliau yang telah menyampaikan ucaptama pada Dialog Integriti ASEAN 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu.
"Semoga seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan dan musibah ini.
"INTEGRITI juga mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh." jelasnya.
Sumber Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia
Demikianlah Artikel Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia
Sekianlah artikel Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.