Judul : Enggan kemoterapi, Elyana cuma mahu makan ubat, vitamin
link : Enggan kemoterapi, Elyana cuma mahu makan ubat, vitamin
Enggan kemoterapi, Elyana cuma mahu makan ubat, vitamin
Penyanyi Elyana mengumumkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 29 Nov ― Penyanyi Elyana tidak mahu lagi menggunakan kaedah kimoterapi untuk merawat barahnya yang kini pada tahap empat.
Sebaliknya Erneelya Elyana Emrizal, 30, merancang untuk menggunakan rawatan alternatif atau ubat-ubatan dan vitamin yang boleh mengekalkan stamina, lapor Kosmo!.
“Saya hilang diri saya sendiri apabila menjalani kimoterapi. Proses itu membuatkan saya semakin tertekan dan tidak gembira.
“Biarlah saya cuba melawan penyakit ini dengan cara saya pula,” katanya yang menerima mesej daripada ramai pihak yang mahu menghulurkan bantuan kewangan.
Pelakon drama Dunia Baru itu mengimpikan sihat bertenaga seperti lima tahun lalu, malah “rindu” untuk berasa sihat.
“Saya penat berlakon sihat dan berpura-pura sedangkan saya sebenarnya lemah serta penat,” katanya.
Elyana disahkan menghidap kanser limfoma sejak 2013.
Sumber Enggan kemoterapi, Elyana cuma mahu makan ubat, vitamin