Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.

Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba. - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.
link : Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.

Baca juga


Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.

Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.

Foto: Natasha Beauty & Wellness

Serlahkan kecantikan dalaman dan luaran anda di Natasha Beauty & Wellness, sebuah jenama kecantikan yang terkenal dalam memahami masalah kulit wajah wanita Asia  untuk kembali sihat dan berseri. Sudah 20 tahun bertapak di Indonesia dan menjadi pilihan ramai wanita disana, outlet pertama Natasha Beauty & Wellness Malaysia telah dibuka secara rasminya di Bangsar, Kuala Lumpur.

Outlet pertama Natasha Beauty & Wellness di Bangsar.

Diasaskan oleh Dr. Fredi Setyawan pada tahun 1999, Natasha Beauty & Wellness menyediakan rawatan berteknologi tinggi dan menggunakan produk semulajadi dengan harga yang berpatutan.

Menfokuskan pada wanita yang berkeyakinan tinggi, berani, aktif, berkarisma dan boleh memberikan inspirasi pada orang lain, Natasha Beauty & Wellness mengutamakan kesihatan badan, rambut serta kecantikan wajah. Ia umpana one stop centre untuk anda mencantikkan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

 

Seperti kata Dr. Fredi Setyawan, kulit yang cantik tidak perlu putih, kulit yang cantik adalah kulit yang sihat. Atas sebab itulah juga, Natasha Beauty & Wellness telah melantik selebriti aktif dan ibu muda, Sharifah Sakinah sebagai duta rasmi mereka.

Sharifah Sakinah selaku duta Natasha Beauty & Wellness Malaysia.

Pada anda yang sedang mencari spa ataupun pusat rawatan kecantikan yang berkualiti tinggi, anda boleh ke Natasha Beauty & Wellness dan kami senaraikan lima perawatan yang anda boleh cuba:

 

1. Natasha High Intensity Focused Ultrasound (HIFU)

 

Salah satu rawatan signature di Natasha Beauty & Wellnes, rawatan HIFU merawat kulit wajah yang kendur dan tidak bermaya. Menggunakan ‘ultrasound facelift’ dan ‘ultherapy’, rawatan HIFU menganjal dan mengetatkan kulit di bahagian wajah dan leher. HIFU juga merangsang pengeluaran kolagen untuk kulit sentiasa anjal.

 

2. Natasha Laser Peel

Rawatan laser juga merupakan salah satu rawatan yang terkenal di Natasha Beauty & Wellness. Rawatan laser dapat merapatkan pori-pori kulit dan mengurangkan sebum berlebihan. Rawatan ini membantu pengeluaran kolagen semulajadi yang akan membuatkan kulit anda licin, tegang dan mengurangkan pigmentasi pada kulit wajah.

 
Bilik rawatan untuk rambut.

3. Natasha Platelet Rich Plasma (PRP) Hair

Bagi mereka yang mencari rawatan bagi masalah botak kepala, PRP Hair adalah satu rawatan yang anda harus cuba untuk mengembalikan pertumbuhan rambut. Terapi ini menggunakan darah pelanggan sendiri dan ia diproses untuk mendapatkan sel yang diperkaya dan disuntik kembali ke dalam kulit kepala. Terapi PRP juga mengandungi protein semulajadi yang merangsang pertumbuhan rambut secara semulajadi.

 

4. Perawatan Ratu

Bila kali terakhir anda dilayan umpama seorang permaisuri? Menerusi rawatan Ratu di Natasha Beauty & Wellness, anda akan menerima rawatan seperti urutan tradisional badan selama satu jam, skrub untuk membuang sel kulit mati dan kemudiannya memilih antara mandi susu berserta madu ataupun masker susu. Rawatan Ratu selama 135 minit ini sangat menyegarkan dan dapat mengembalikan stamina badan anda.

 
Bilik rawatan berempat ini sesuai untuk anda dan teman-teman.  

5. Natasha Botanical Skin Facial

Rawatan khas untuk kulit wajah ini menggunakan 100% bahan botani diformulakan dengan teknologi moden untuk menstabil dan menenangkan peredaran darah. Menerusi rawatan ini, kulit anda tampil bersih dan bebas cela. Menarik lagi tentang perawatan wajah di Natasha Beauty & Wellness, anda boleh memilih untuk bilik rawatan privasi, bilik berdua bersama pasangan ataupun bilik berempat bersama teman-teman.

 

Sumber Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.


Demikianlah Artikel Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.

Sekianlah artikel Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: