Judul : "Tak Tun Tuang Bukan Lagu Orang Gila" - Upiak
link : "Tak Tun Tuang Bukan Lagu Orang Gila" - Upiak
"Tak Tun Tuang Bukan Lagu Orang Gila" - Upiak
Penyanyi yang mencetus fenomena menerusi lagu Tak Tun Tuang, Upiak, 32, memberitahu lagunya itu pernah dianggap lagu orang gila dan tidak beretika gara-gara penampilan dan imejnya berkain sarung, berbaju tidur dan berselipar besar sewaktu membuat persembahan.Menurut pemilik nama sebenar Silvia Nanda ini, meskipun dikutuk oleh sebilangan netizen namun dia kini gembira dan bersyukur kerana lagu ini tular dan berjaya mencuri perhatian ramai bukan saja di negaranya bahkan di Malaysia, Thailand dan Korea.
"Ada yang pernah menghina dan mengatakan lagu ini lagu orang gila dan tidak beretika kerana saya memakai baju tidur, kain sarung dan berselipar besar. Saya selesa dengan imej begini dan inilah kelainan yang saya mahu tampilkan.
"Walaupun dihina, saya tetap berdoa agar diberikan keajaiban. Saya yakin Tuhan punya rencana sendiri dan Allhamdulillah sekarang lagu ini viral. Ternyata lagu ini bukan lagu orang gila," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu tersebut bertempat di hotel Royal KL, pada Khamis.
Kata penghibur berasal dari Padang, Sumatera Barat ini, dia juga terkejut apabila ramai yang membuat video parodi dan menyanyikan semula lagu ini termasuklah beberapa artis popular di Malaysia.
"Saya bersyukur, gembira dan tidak menyangka ramai orang menyanyikan lagu saya. Artis terkenal Malaysia juga ramai yang menyanyikan lagu saya, itu satu penghargaan buat saya, "tuturnya yang sebelum ini pernah menghasilkan 19 buah album.
Berkongsi lanjut mengenai single 'berhantunya' itu, wanita berusia 32 tahun ini berkata lagu berkenaan dicipta sejak tiga tahun lalu oleh temannya sendiri dikenali sebagai Ardi.
Menariknya ia diilhamkan secara spontan ketika Upiak sedang mengetuk meja untuk mencari rentak lagu tersebut. Disebabkan itu juga timbul idea pada mereka untuk memberikan tajuk lagu tersebut sebagai Tak Tun Tuang (bermaksud bunyi gendang).
Sejak sebulan lalu, lagu Tak Tun Tuang menjadi viral dan sehingga kini mendapat lebih 24 juta tontonan di laman YouTube.
Perkembangan lain, Upiak bakal muncul dengan lagu terbaharu bertajuk tidak lama lagi selain dia juga mempunyai perancangan untuk memasarkan koleksi kain sarung jenama Tak Tun Tuang.
"Selepas ini saya akan lancarkan lagu mengajak orang mandi pula (gelak) tapi judulnya belum tahu lagi.
"Saya juga merancang mengeluarkan koleksi kain sarung jenama Tak Tun Tuang," katanya yang juga bekerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital di Padang.
Sumber "Tak Tun Tuang Bukan Lagu Orang Gila" - Upiak