Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis

Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis
link : Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis

Baca juga


Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) membuat laporan polis berhubung rumusan laporan mereka. — Foto failSuruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) membuat laporan polis berhubung rumusan laporan mereka. — Foto failPUTRAJAYA, 30 Nov — Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar tahun 1990-an, hari ini membuat laporan polis berhubung syor dan hasil rumusan yang terkandung dalam laporan tersebut.

Laporan polis pada jam 4.10 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini itu dibuat oleh setiausaha RCI, Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha bahagian pelaburan strategik Kementerian Kewangan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Yusof berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya itu.

Ditanya adakah nama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku menteri kewangan ketika itu dinamakan dalam laporan polis tersebut, Yusof berkata tiada individu tertentu dinyatakan dalam laporan yang dibuatnya.

“Berdasarkan laporan suruhanjaya, kita dapati banyak pihak yang terlibat seperti BNM, Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

“Jadi, dalam laporan ini, saya turut sertakan buku laporan penuh Suruhanjaya Siasatan mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an dalam versi Bahasa Malaysia dan Inggeris sebagai panduan untuk polis menjalankan siasatan,” katanya.

Yusof berkata berdasarkan percakapannya bersama pegawai di IPD Putrajaya, beliau difahamkan siasatan bagi laporan tersebut akan dijalankan oleh IPD Dang Wangi, Kuala Lumput.

Berhubung mengapa laporan polis hanya dibuat hari ini sedangkan laporan penuh suruhanjaya telah lama disiapkan, beliau berkata laporan itu dikategorikan sebagai “embargo” selagi belum diserahkan kepada Parlimen.

Terdahulu, di Parlimen laporan setebal 400 muka surat itu yang diedarkan kepada Dewan Rakyat hari ini mendapati ada asas bagi mengesyorkan polis menyiasat kemungkinan berlakunya pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.

Selain itu, suruhanjaya tersebut turut mendedahkan BNM mengalami kerugan sebanyak RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu RM12.35 bilion pada 1992, RM15.29 bilion untuk 1993 dan RM3.86 bilion bagi 2014. — Bernama



Sumber Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis


Demikianlah Artikel Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis

Sekianlah artikel Rumusan laporan urus niaga BNM, RCI buat aduan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: