Judul : Wanita terkejut rupanya anak perempuan sendiri curi dan gadaikan barang kemas miliknya bernilai RM6,000
link : Wanita terkejut rupanya anak perempuan sendiri curi dan gadaikan barang kemas miliknya bernilai RM6,000
Wanita terkejut rupanya anak perempuan sendiri curi dan gadaikan barang kemas miliknya bernilai RM6,000
WANITA terkejut rupa-rupanya anaknya sendiri mencuri dan menggadaikan barang kemas miliknya bernilai RM6,000.
Tembelang suspek pecah selepas mangsa menemui surat pajak gadai dalam bilik tidur anaknya itu Khamis minggu lalu.
Dalam kejadian 23 November lalu itu, mangsa pekerja kilang berusia 58 tahun yang tinggal di rumah awam Taman Panglima, Sempang Pantai, Merlimau di Melaka, hanya menyedari barang kemasnya hilang selepas menemukan surat pajak gadai emas, sebelum membuat laporan polis di balai berdekatan.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, barangan yang hilang ialah dua gelang emas, satu rantai tangan dan sepasang anting-anting bernilai RM6,000.
“Susulan daripada itu, kita memanggil dua wanita iaitu anak mangsa dan rakannya masing-masing berusia 44 serta 20 tahun untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, pada Jumaat lalu sebelum kedua-duanya ditahan.
“Suspek mengaku mencuri dan menggadai barang kemas ibunya di sebuah kedai pajak gadai di Bandar Hilir, malah kita juga mendapat kerjasama daripada kedai terbabit untuk menyerah semula barang curi yang dipajak suspek,” katanya pada sidang media di IPD Jasin, hari ini.
Menurutnya, suspek mendakwa memajak barang kemas terbabit untuk menggunakan wang bagi kepentingan dirinya dan berjaya memperoleh wang tunai RM5,600 daripada kedai pajak gadai terbabit.
Beliau berkata, selain mendapat semula semua barang kes pihaknya turut merampas barang bukti seperti resit dan surat pajak gadai daripada suspek yang tidak berkerja.
Tambah Arshad, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing ke atasnya turut negatif.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
Sumber Wanita terkejut rupanya anak perempuan sendiri curi dan gadaikan barang kemas miliknya bernilai RM6,000