Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor

Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor
link : Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor

Baca juga


Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor

ISKANDAR PUTERI: Empat hotel di negeri ini telah diberikan nasihat sewajarnya oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor kerana didapati mengenakan larangan pemakaian tudung terhadap kakitangan wanitanya yang ditugaskan di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R. Vidyanathan berkata nasihat dikeluarkan susulan pemeriksaan berkanun ke atas 15 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di sekitar Johor Bahru pada 24 Nov lepas.

"Hasil dapatan (pemeriksaan) menemukan 11 hotel membenarkan pemakaian tudung terhadap kakitangan di bahagian perkhidmatan pelanggan, manakala empat hotel selebihnya telah mengenakan larangan pemakaian tudung.

"Akibatnya, majikan ini telah diberikan nasihat sewajarnya dan jika ingkar, notis pematuhan akan dikeluarkan kepada majikan-majikan berkenaan agar isu ini tidak berlarutan pada masa datang," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.

Vidyanathan berkata dasar hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam memakai tudung jelas bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan semua orang adalah sama rata dan tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan berbeza agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan jantina.

Menurut beliau, Perkara 11 perlembagaan sama juga memperuntukkan seseorang berhak untuk bebas menganuti dan mengamalkan agamanya.

"Selain Perlembagaan Persekutuan, Kod Perilaku Keharmonian Perindustrian yang merupakan perjanjian bersama antara Kementerian Sumber Manusia dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia telah menyatakan bahawa menjadi kewajipan majikan untuk tidak mendiskriminasikan pekerja dan mewujudkan keharmonian di tempat pekerjaan.

"Sekiranya terdapat mana-mana pekerja wanita Islam diberhentikan kerja atas sebab memakai tudung, mereka boleh memfailkan representasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam tempoh 60 hari dari tarikh diberhentikan," katanya.

Beliau menambah mangsa diskriminasi juga boleh membuat aduan di mana-mana pejabat cawangan JTK yang berhampiran bagi tindakan lanjut.

Vidyanathan menegaskan kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan perpaduan dan menggunakan Muafakat Johor dalam segala aspek pentadbiran dan pembangunan negeri dan tidak mahu sama sekali isu sebegini menjejaskan keharmonian antara kaum.

Oleh itu, dalam dasar pengambilan pekerja tempatan yang kini dalam peringkat pelaksanaan oleh Unit Swasaya Insan Johor, beliau juga menjamin isu ini akan diambil kira bagi memastikan tiada diskriminasi turut dilaksanakan majikan dalam proses mengambil pekerja.

-- BERNAMA



Sumber Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor


Demikianlah Artikel Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor

Sekianlah artikel Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: