Judul : Cumi Cumi Cumi... Tahu nyanyi tak tahu maksud, ini makna lirik 'Pematah Hati'
link : Cumi Cumi Cumi... Tahu nyanyi tak tahu maksud, ini makna lirik 'Pematah Hati'
Cumi Cumi Cumi... Tahu nyanyi tak tahu maksud, ini makna lirik 'Pematah Hati'
CUMI.. Cumi... Cumi, 36 kali diungkapkan dalam lagu terbaharu Nabila Razali, Pematah Hati namun ramai yang tertanya-tanya apakah makna perkataan itu.Jika di Indonesia, perkataan cumi-cumi bermaksud hidupan laut seperti sotong dan sering menjadi pilihan untuk juadah enak pelbagai cara.
Namun, apakah perkaitan cumi dalam lirik lagu Pematah Hati?
Kata Nabila, cumi merupakan ringkasan ayat 'Cuba Miss Call' yang dipendekkan untuk menyedapkan sebutan.
"Ramai yang panggil lagu Pematah Hati ini lagu Cumi Cumi, bagi saya tiada masalah pun sebab ia sedikit sebanyak memberi publisiti untuk lagu saya."Cumi bermaksud Cuba Miss Call, sama seperti Curahan Hati yang dipendekkan menjadi CurHat.
"Tiada kena mengena pun dengan makanan atau hidupan laut seperti yang sering orang salah anggap," jelas Nabila kepada Astro Gempak.
Pernah pada mulanya lirik 'cumi' yang diulang-ulang pada rangkap lagu Pematah Hati mahu ditukar menjadikan lirik panjang namun Nabila enggan mengubah karya ciptaan Hael Husaini itu.
"Cumi yang diulang berkali-kali kedengaran comel pula, jadi saya rasa lebih baik kekalkan lirik ini untuk nampak unik dan berbeza," tambah Nabila.
Lagu Pematah Hati menjawab kontroversi hubungan cinta Nabila dan pelakon kacak Aedy Ashraf yang mula heboh diperkatakan sejak awal November lalu.
Aedy menjadi pelakon utama dalam muzik video Pematah Hati nyanyian Nabila yang sudah dilancarkan semalam.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber Cumi Cumi Cumi... Tahu nyanyi tak tahu maksud, ini makna lirik 'Pematah Hati'