“Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta

“Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta
link : “Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta

Baca juga


“Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta

“WALAUPUN kanser suami di tahap akhir, kami menganggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan,” kata Jannah Abdullah, 28, isteri kepada Zulhimi Mohamad, 31, pesakit kanser limfoma tahap empat.

Pasangan itu menjadi perhatian netizen selepas hasrat mereka mahu menjual kereta untuk menampung kos perbelanjaan rawatan Zulhimi tular di laman sosial.

Jannah yang juga ibu kepada tiga anak berkata, suaminya disahkan menghidap kanser limfoma penghujung Oktober lalu sebelum dimaklumkan berada di tahap akhir selepas dipindahkan dari Hospital Langkawi ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 5 November.

Katanya, meskipun terkejut dengan keputusan pemeriksaan itu, dia menerapkan dalam diri serta anak-anaknya supaya menganggap berita itu perkara biasa biarpun jauh di sudut mereka dilanda kesedihan.

“Memang terkejut sebab suami seorang yang aktif, gemar bersukan dan bina badan. Boleh katakan tiada tanda langsung dia menghidap kanser. Sehingga satu masa dia tiba-tiba sesak nafas dan disahkan menghidap kanser limfoma DCL (Diffuse Centrocytic Lymphoma).

“Pihak hospital memaklumkan jenis kanser yang dihidapi suami adalah yang sukar ditemui dan cepat merebak namun kami tidak berhenti berdoa semoga ada keajaiban berlaku.

“Jangka hayat suami bergantung kepada kekuatan dia melawan penyakit. Saya berharap sangat dia kuat supaya dapat melihat tiga anaknya berusia 6, 4 dan 2 tahun membesar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Jannah yang berasal dari Sabah, dia dan suaminya terpaksa menjual beberapa aset termasuk kereta untuk dijadikan perbelanjaan bagi urusan menghantar anak ke kampung, berpindah hospital dan kegunaan harian.

“Banyak kenangan kami sekeluarga dengan kereta itu, tetapi demi menampung kos perubatan suami dan perbelanjaan harian, kami sanggup gadai harta sepencarian.

“Saya berterima kasih kepada beberapa individu yang prihatin menyatakan niat untuk membeli kereta berkenaan demi membantu mengurangkan beban suami.

“Tetapi kami terpaksa menangguhkan penjualan kereta itu kerana urusan jualan perlu dibuat bersama suami dan terpaksa menunggu rawatan suami selesai,” katanya yang bekerja sebagai kerani.

Menurutnya, dia tidak sangka niat untuk menjual kereta itu menjadi tular selepas rakan baik suaminya memuat naik iklan jualan kereta serta kisah suaminya di laman sosial Facebook.

“Saya cuma minta orang ramai mendoakan kesejahteraan suami dan tidak salah faham kerana kami bukan meminta simpati atau sumbangan,” katanya.

Jannah kini terpaksa mengambil cuti dan berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menemani suaminya manakala tiga anaknya termasuk seorang pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) berada di Sabah.

Kisah Zulhimi yang melawan kanser dan hasrat untuk menjual kereta menjadi tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh Facebook Wan Muhammad Aliff yang menerima lebih 4,000 perkongsian.

Sumber: Harian Metro

 



Sumber “Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta


Demikianlah Artikel “Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta

Sekianlah artikel “Walaupun kanser suami di tahap akhir, kami anggap seperti tiada apa yang berlaku untuk mengurangkan kesedihan” – Isteri korbankan kenangan demi suami tercinta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: