Judul : Nadal kekal takhta
link : Nadal kekal takhta
Nadal kekal takhta
PARIS: Rafael Nadal mengesahkan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia sehingga akhir tahun ini selepas berjaya meraih kemenangan 7-5, 6-3 ke atas pemain Korea Selatan, Hyeon Chung di pusingan kedua Paris Masters sebentar tadi.
Pemenang 16 kali Grand Slam itu muncul pemain paling tua dalam sejarah menutup kempen di persada ranking pada usia 31 tahun selepas menyambar dua gelaran utama tahun ini iaitu Terbuka Perancis dan Amerika Syarikat.
Ia kali keempat bintang Sepanyol itu menyamai pencapaian terbabit selepas 2008, 2010 dan 2013.
Nadal yang turun ke gelanggang sedar hanya kemenangan mampu memastikan dia terus kukuh mendominasi takhta nombor satu dunia ke atas Roger Federer selepas legenda Switzerland itu menarik diri sebelum bermula kejohanan.
Chung, 21, memberi tentangan sengit di Bercy Arena tetapi Nadal yang berada di prestasi terbaik terlalu sukar untuk ditandinginya.
Nadal seterusnya akan berdepan Pablo Cuevas di pusingan 16 terakhir selepas pemain Uruguay itu mengetepikan Albert Ramos-Vinolas 6-7 (5/7), 7-6 (7/1), 6-2. Terdahulu, pilihan keempat Alexander Zverev tersingkir awal apabila tumpas kepada pemain Belanda, Robin Haase in a 3-6, 6-2, 6-2 di pusingan kedua. - AFP
Sumber Nadal kekal takhta