Judul : Nabil Ahmad dikecam netizen kerana gangguan seksual dan buli Hazami?
link : Nabil Ahmad dikecam netizen kerana gangguan seksual dan buli Hazami?
Nabil Ahmad dikecam netizen kerana gangguan seksual dan buli Hazami?
Pengacara Gegar Vaganza 4, Nabil Ahmad sekali lagi dikecam netizen kerana menjadikan penyanyi Hazami sebagai bahan gurauan kasarnya baru-baru ini ketika siaran langsung GV 4 hujung minggu lalu.
Nabil juga dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap Hazami apabila memegang bahagian leher penyanyi tersebut ketika juri sedang memberikan komen. Tidak selesa dengan kelakuan Nabil, Hazami telah bertindak untuk memarahi Nabil dan raut wajah beliau juga seakan bengang dengan apa yang berlaku.
Netizen menyifatkan tindakan Nabil itu sangat biadap dan tidak profesional sebagai pengacara.
Ini bukan kali pertama gurauan kasar Nabil dikecam netizen dan mengundang rasa tidak selesa orang ramai. Bukan semua perkara kita boleh bawa bergurau apatah lagi akan sesuatu isu yang sensitif dan melakukan aksi kurang sopan di khalayak ramai. Harapnya Nabil dapat kurangkan sikit lawak terlampaunya itu dan lebih menghormati artis senior.
Sumber: Beautifulnara
Sumber Nabil Ahmad dikecam netizen kerana gangguan seksual dan buli Hazami?