Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat

Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat
link : Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat

Baca juga


Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat

KUALA LUMPUR: Penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu dinilai semula untuk memastikan subjek itu dapat menarik minat anak muda.

Malah, dana yang mencukupi perlu disediakan bagi memastikan infrastruktur lengkap di sekolah agar para pelajar mudah memahami subjek tersebut sekali gus mendalami bidang itu melalui kaedah amali.

Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya (UM) Datuk Dr Mohd Jamil Maah berkata langkah ini penting bagi menggalakkan lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang tersebut.

"Cara mengajar pun tidak boleh terlalu berorientasikan peperiksaan.

"Kita kena lebihkan proses pembelajaran yang menekankan pengalaman amali (hands-on experience) supaya pelajar menunjukkan minat terhadap STEM," kata beliau.

Tambah beliau, galakan daripada ibu bapa juga diperlukan untuk memastikan minat terhadap bidang STEM dapat disemai dalam kalangan pelajar sejak dari kecil lagi.

Pendapat ini dikongsi Dr Jamil yang menyertai Muzakarah Pakar: Pengukuhan Pendidikan STEM dengan mengambil pendekatan nilai dan budaya kelolaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Turut hadir, Ketua Pengarah IKIM Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin yang menekankan kepentingan melihat bidang STEM dari perspektif agama dan gaya hidup.

"Sains itu sendiri lahir daripada prinsip Al-Quran dan Sains itu adalah satu bentuk ilmu yang boleh mengukuhkan ilmu fardu Ain dan fardu Kifayah.

"Selain itu, daripada sudut budaya pula secara am, jika kita hidup berdasarkan asas-asas saintifik, kita akan menjadi warganegara yang lebih positif," katanya.

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sejumlah RM250 juta diperuntukkan bagi meningkatkan penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik bagi meningkatkan perbelanjaan bagi meningkatkan kesedaran terhadap STEM.

Menurut Najib, penubuhan pusat STEM bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini, bagi melatih guru pakar STEM mengguna pakai fasiliti institut pendidikan guru sedia ada, dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.

Beliau turut menekankan peningkatan modul Sains Komputer termasuk program Coding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah, yang kini sudah pun diwujudkan di Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM190 juta bagi menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21, bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif.



Sumber Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat


Demikianlah Artikel Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat

Sekianlah artikel Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: