Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin

Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin
link : Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin

Baca juga


Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif dan mengawal status tanah pertanian yang dilihat ditukar ke tanah pembangunan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pengurangan tanah pertanian telah memberi kesan langsung serta merencatkan usaha menjadikan pendapatan petani kepada RM4,000 sebulan.

Malah menurutnya, pertukaran status itu juga menjejaskan dan mengancam kelangsungan keselamatan makanan (food security) di negara ini.

“Berkenaan isu status tanah ini, ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan Kerajaan Pusat.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak ada kuasa untuk menahan atau mengawal pertukaran status daripada pertanian kepada pembangunan.

"Kita harap kerajaan negeri akan mengambil apa juga langkah yang perlu termasuk tindakan supaya kawasan pertanian ini tidak berkurangan selain berharap ia kekal sebagai kawasan pertanian kerana kita takut perkara ini akan menjejaskan pengeluaran makanan negara serta keselamatan kita terancam," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang meminta kementerian menyatakan sejauh mana program Gelom6bang Tani Nasional (GTN) telah berjaya meningkatkan tahap sara diri petani serta apakah langkah transformasi kementerian dalam mempromosi sektor pertanian setempat sebagai agro pelancongan.

Tambah Tajuddin, ketika ini purata pendapatan petani masih rendah iaitu antara RM1,000 sehingga RM2,000 sebulan yang mana ia memang tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan dan perbelanjaan harian.

“Mereka perlu tingkatkan pendapatan selaras dengan matlamat kerajaan pada 2020 supaya Malaysia akan jadi negara maju pendapatan tinggi iaitu RM45 ribu setahun, kira-kira RM4,000 sebulan. Kalau dilihat ia masih lagi jauh dari sasaran.

“Atas sebab itu, kita ingin melihat petani kita mengejar kemajuan pembangunan ekonomi supaya boleh perolehi macam mana yang disasarkan,” ujarnya.



Sumber Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin


Demikianlah Artikel Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin

Sekianlah artikel Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: