Judul : “Itu perkara kecil saja, saya dah kenal Nabil 12 tahun” – Netizen anggap gurauan Nabil melampau, Hazami pula tidak tersinggung
link : “Itu perkara kecil saja, saya dah kenal Nabil 12 tahun” – Netizen anggap gurauan Nabil melampau, Hazami pula tidak tersinggung
“Itu perkara kecil saja, saya dah kenal Nabil 12 tahun” – Netizen anggap gurauan Nabil melampau, Hazami pula tidak tersinggung
PESERTA program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Hazami tidak tersinggung dengan gurauan pengacara Nabil Ahmad yang dituduh segelintir netizen sebagai terlampau.
Tuduhan kurang enak itu tular di Internet berikutan ada netizen menganggap aksi Nabil memegang leher Hazami sebagai gangguan seksual pada konsert pertama GV4, Ahad lalu.
Hazami ketika dihubungi berkata, dia menganggap isu itu cuma salah faham dalam kalangan peminatnya yang bersikap terlalu ‘protective’.
“Disebabkan jarang muncul di televisyen, peminat tidak biasa melihat situasi seperti itu dan mereka ingat saya dibuli.
“Hubungan saya dengan Nabil rapat kerana kami saling mengenali sejak 12 tahun lalu. Kalau kami bukan rakan rapat, tidak mungkin Nabil berani buat sebegitu,” katanya.
Hazami berkata, situasi itu baginya melucukan kerana ia adalah lawak peribadi yang hanya difahami dirinya, Nabil, pengacara Jihan Muse dan juri Datuk Ramli MS.
“Nabil pun sudah minta maaf di belakang pentas selepas selesai acara. Namun, saya tidak mengambil hati kerana GV4 adalah program hiburan.
“Saya juga tidak mahu salahkan sesiapa kerana isu terbabit,” katanya.
Penyanyi itu meminta isu berkenaan tidak berpanjangan dan mahu penonton berseronok menyaksikan GV4.
“Saya sudah menjelaskan situasi itu kepada pengikut di Instagram. Bagi saya, ia hanya perkara kecil berbanding fitnah individu tidak bertanggungjawab yang membuat berita palsu saya sudah meninggal dunia seperti sebelum ini,” katanya.
Sumber; Metro
Sumber “Itu perkara kecil saja, saya dah kenal Nabil 12 tahun” – Netizen anggap gurauan Nabil melampau, Hazami pula tidak tersinggung