Judul : Ini Punca Beberapa Cawangan Giant Ditutup
link : Ini Punca Beberapa Cawangan Giant Ditutup
Ini Punca Beberapa Cawangan Giant Ditutup
Biasanya kita gemar membeli barang keperluan dapur dan rumah di pasaraya besar seperti Giant, Tesco, AEON Big dan banyak lagi.
Apakah yang akan terjadi jika beberapa cawangan Giant ditutup? Pihak pasaraya tersebut mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka melakukan penutupan di lima cawangan seluruh Malaysia pada 5 November ini.
BACA: Ini Sebab Giant Bangi Berhenti Jual Arak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberitahu bahawa pemilik Giant, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd telah menjelaskan mengenai penutupan itu kepada kementerian.
Pada mulanya, pihak GCH meminta untuk mengurangkan sewa bangunan untuk mengecilkan saiz pasaraya tetapi tak berhasil lalu memutuskan untuk menutup beberapa cawangan pasaraya besar itu.
Selain itu, mereka juga akan berpindah ke lokasi yang lebih strategik dan berdaya saing bagi mengekalkan perniagaan.
Lima cawangan pasaraya besar Giant yang bakal ditutup ialah di Sri Manjung, Perak, Sungai Petani, Kedah, Shah Alam dan Selayang Lama di Selangor dan Sibu, Sarawak.
Menurutnya, penutupan cawangan bukan bermaksud ekonomi negara teruk tetapi mereka mahu mengurangkan kos dan mengikut trend semasa pengguna yang gemar membeli barangan secara online.
Untuk pengetahuan anda, pasaraya besar Giant mempunyai 51 cawangan pasar besar dan 71 ‘super store’ seluruh negara.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Ladang Ayam Diarah Tutup
Lemang To’Ki Perjelas Sebab Premis Diarah Tutup
Tak Untung, Kedai Rakyat 1 Malaysia Tutup
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram