Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi

Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi
link : Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi

Baca juga


Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi

Di akhir sesi perkongsian aku di sebuah sekolah petang tadi seorang pelajar bertanya kepada aku:

“Kenapa cikgu tak pergi kimoterapi dulu? Kenapa kena terus bedah dan buang peti suara?”

Permulaannya aku agak kaget, aku tak sangka akan ditanya dengan soalan sebegitu. Ini kerana aku merasakan pelajar PT3 yang masih agak muda, mana dia tahu berkenaan kemo dan kanser.

Lalu aku bertanya:

“Apa yang kamu tahu tentang kemoterapi?”

“Saya pun tak tahu cikgu, yang saya tahu bila buat kemo ni pesakit kanser akan botak, lemah dan lama-lama bertambah teruk.”

Lebih kurang begitulah jawapan pelajar itu.

“Baik, terima kasih kerana bertanya. Cikgu tak sangka juga ada pelajar yang akan bertanya tentang kemoterapi ni. Hm ok, ini apa yang cikgu tahu tentang kemoterapi.

Kimoterapi dan rawatan penyakit kanser sebenarnya adalah satu rawatan yang sangat kompleks dan rumit. Hanya pakar sahaja yang tahu jenis-jenis ubat kemo, dan dos-dos yang sesuai, mengikut jenis-jenis kanser yang hendak dirawat. Apa yang cikgu tahu dan apa yang bakal cikgu sampai ini hanya secara umum sahaja.

Ok, kimoterapi sebenarnya adalah ubat yang dimasukkan melalui drip, atau ubat telan yang digunakan bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser. Namun, teknologi perubatan masa kini masih belum dapat membuat satu ubat yang betul-betul ditarget untuk membunuh sel-sel kanser. Sebaliknya apa yang ada hari ini hanyalah ubat yang ditarget untuk membunuh sel-sel yang tumbuh dengan kadar yang laju.

Sebagaimana yang kita tahu sel-sel kanser tumbuh atau membesar dengan kadar yang sangat cepat. Sebab itu ianya sangat-sangat berbahaya. Jadi itulah fungsi ubat kimo, menyerang sel-sel yang tumbuh dengan kadar yang cepat.

Selain sel-sel kanser, sel-sel dalam badan kita ada juga jenis yang tumbuh dengan kadar yang laju dan cepat, betul? Seperti rambut kita, kuku, bulu-bulu dan sebagainya. Ubat kemo yang ‘buta’ itu akan turut menyerang sel-sel ini.

Sebab itulah kita tengok, pesakit-pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi akan keguguran rambut, kuku hitam dan mati, dan seumpamanya.

Namun, tidak semua yang mengalami kesan sebegitu. Ada juga yang ok sahaja sebenarnya. Dan selepas sahaja sel-sel kanser itu dibunuh dengan ubat kemo dan doktor mengesahkan tiada lagi sel-sel kanser yang aktif, pesakit akan berhenti mengambilnya. Selepas dari tempoh-tempoh tertentu sel-sel rambut, bulu-bulu dan kuku tadi akan tumbuh semula. Malah ada yang tumbuh lebih cantik dan baik berbanding sebelum-sebelumnya.”

Aku berhenti seketika, mengambil nafas.

“Baik, berbalik kepada kanser peti suara yang cikgu hadapi ini, kamu semua sudah tengok dalam slide yang cikgu tunjuk tadi kan, kanser yang melekat di peti suara cikgu tu. Dalam masa beberapa bulan sahaja ianya telah membesar ke suatu tahap yang hampir-hampir menutup salur nafas cikgu.

Pada tahap tersebut sebenarnya kemoterapi sudah tidak mampu mengecutkan kanser tersebut jadi doktor tiada pilihan melainkan dengan membuang keseluruhan peti suara cikgu yang telah dijangkiti oleh kanser itu.

Memang pada peringkat permulaan doktor hanya mencadangkan cikgu agar menjalani kemoterapi dan radioterapi sahaja. Dengan 2 kaedah tersebut, ada kemungkinan yang besar yang peti suara cikgu mampu untuk diselamatkan lagi.

Tapi cikgu lari. Yelah, cikgu lari dari rawatan kerana cikgu takut. Cikgu takut kesan-kesan kemoterapi seperti yang cikgu sebut di awal tadi.

Namun cikgu bukan lari saja-saja. Cikgu ada mencuba rawatan alternatif. Namun gagal. Kanser bukan sahaja tidak mengecut malah menjadi semakin besar sehingga hampir-hampir menutup salur nafas cikgu. Cikgu mengalami sesak nafas yang teruk. Akhirnya pembedahan terpaksa juga dibuat bagi menyelamatkan nyawa.

Tapi itu satu kisah panjang yang lain. Kalau nak bercerita pasal itu nanti cikgu kena tambah lagi masa 1-2 jam. Tak balik sekolah pulak kamu nanti.

Cuma cikgu harap jawapan cikgu tadi dapat menerangkan serba sedikit berkenaan kemoterapi dan rawatan kanser.

So, lepas ni jangan ingat asal kanser je, buat kemoterapi, buat radioterapi, semua mesti mati, takde yang sembuh, takde yang sihat. Salah anggapan semua tu ok. Kesembuhan itu adalah milik Allah, kita sebagai manusia hanya melakukan apa yang kita rasakan terbaik. Dan dalam penyakit kanser ini bagi cikgu, rawatan yang terbaik adalah rawatan yang disyorkan oleh pakar-pakar perubatan yang bertauliah.”

Aku tersenyum mengakhiri perkongsian aku petang tadi. Herm terasa macam pakar kanser pulak aku.

Sesekali tu aku tertanya-tanya juga, atas asbab apa Allah menguji aku dengan ujian yang sebegini besar. Allah menarik nikmat aku untuk mencium bau-bauan, nikmat untuk bernafas melalui hidung dan mulut, malah menarik terus kemampuan aku untuk bersuara seperti manusia biasa.

Adakah kerana dosa-dosa silamku, adakah kerana aku pernah menganiaya sesiapa? Atau pun sebenarnya Allah ingin mengangkat darjatku, menarik aku lebih rapat kepadaNya?

Atau pun Allah ingin aku melaksanakan sesuatu, memberi contoh tauladan kepada orang ramai? Memberi kesedaran kepada masyarakat, agar tidak jatuh ke lembah yang sama seperti aku dulu?

Kebelakangan ini banyak perkara yang aku lakukan; yang suatu masa dahulu tidak pernah terlintas langsung, walau sebesar hama, yang aku mampu untuk melakukan semua ini.

Aku masuk ke sekolah-sekolah memberi ceramah, muncul di kaca tv dengan suara yang ‘memalukan’, ‘berperang’ di alam maya menentang penipuan. Allahu, never in my wildest dream, yang aku akan melakukan semua ini.

Ya, aku boleh sahaja memilih untuk menyambung hidup secara senyap, hidup dengan tenang di sisi keluarga. Atau aku boleh sahaja bak kata orang sekarang, mereput menunggu mati. Itu antara pilihan-pilihan yang aku ada selepas bergelar seorang pemandiri kanser.

Atau sebenarnya aku boleh sahaja bangkit, bangkit menjadi ‘bangsa melawan’.

Yang mana aku rasa mutakhir ini aku lebih cenderung untuk memilih untuk ‘melawan’. Ya, jiwa aku lebih dekat kepada pilihan ini, buat masa ini. Cumanya, aku harus berdoa, agar Allah memberikan aku: istiqomah.

Oh ye, pada 30 Oktober, cukup-cukup 3 tahun yang lepas, pada ketika dan detik ini, aku berada di wad 5H, Pusat Perubatan UKM.

Malam itu, adalah malam terakhir aku sebagai manusia yang biasa. Keesokkan harinya, setelah bertarung hampir 10 jam di dewan pembedahan, aku bangkit sebagai seorang manusia yang luar dari biasa. Aku bangkit sebagai seorang yang tanpa peti suara.

Shamsul Ramli
Cancer Survivor (Msia)

#syukurakukanser
#tanpapetisuara
#bangsamelawan



Sumber Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi


Demikianlah Artikel Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi

Sekianlah artikel Apa Kau Perlu Tahu Tentang Kemoterapi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: